" />

Khamis, 27 Februari 2014

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah

Minggu ini merupakan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Tok Randok dengan slogan "Kami Benci Dadah". Oleh itu, pada hari ini telah diadakan majlis penutup untuk minggu anti dadah ini. Majlis ini dipenuhi dengan beberapa aktiviti berkaitan dadah antaranya bacaan ikrar, pertandingan mewarna, melukis poster, tayangan video mengenai dadah, sajak, persembahan boria dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah..
Majlis dimulakan dengan bacaan doa
PK1 memberikan sedikit ucapan berkaitan dadah
Bacaan ikrar kami benci dadah
slide show berkaitan dadah ditontonkan kepada pelajar
Pertandingan melukis
Pertandinagan sajak
Persembahan mantap dari pasukan boria

Rabu, 26 Februari 2014

Majlis "Merisik Khabar"

Pada 26 Februari 2014 telah diadakan Majlis Merisik Khabar. Majlis tersebut bertujuan memaklumkan kepada ibu bapa mengenai perkembangan calon-calon UPSR 2014 dan membincangkan program-program UPSR yang akan dilaksanakan sepanjang tahun. Majlis ini dihadiri oleh semua Ibu bapa/ penjaga pelajar Tahun 6 2014. Target UPSR SK Tok Randok pada tahun ini adalah seramai 12 orang pelajar mendapat 5A.
Pelajar menunggu di pintu pagar sekolah untuk menyambut kehadiran ibu bapa masing masing
Kehadiran ibu bapa turut disambut oleh guru
Guru Besar membentangkan program program UPSR yang akan dilaksanakan
Ramai ibu bapa yang hadir
Analisa UPSR 2002-2013
Senarai nama calon target 5A UPSR diumumkan oleh Guru Besar
Salah seorang pelajar Target 5A UPSR
SKTR Boleh!!!!

Rabu, 19 Februari 2014

Majlis Perpisahan Cikgu Zawanee

Salam perpisahan diucapkan kepada Cg Zawanee yang akan bertukar ke sekolah baru beliau di Sk Felda Tersat bagi mengisi jawatan PK Hem di sana . Hari ini merupakan hari terakhir beliau di sini. Oleh itu, satu majlis perpisahan telah diadakan di dewan sekolah bagi memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk bermaafan dan memberi hadiah kepada Cg Zawanee. Cg Zawanee mula bertugas di Sk Tok Randok pada Bulan 9 2013. Walaupun hanya sekejap beliau berada di Sk Tok Randok, telah banyak jasa dan perubahan yang telah beliau berikan di sini terutamanya dalam bidang sukan dan disiplin pelajar. Dari segi kecantikan sekolah juga telah banyak beliau lakukan pada sekolah. Turut diraikan Cg Ayu yang akan mengakhiri tugas beliau pada hari ini kerana menggantikan Pembantu Pra yang sedang bercuti bersalin. Salam perpisahan dari kami semua warga SKTR.

Selasa, 18 Februari 2014

Penilaian Bai'ah

Hari untuk dinilai telah tiba... 3 orang NAZIR telah datang ke SK Tok Randok untuk membuat penilaian Tawaran baru Guru Besar 2013 (Bai'ah). Kehadiran mereka disambut mesra oleh guru besar dan guru penolong kanan. Semoga impian semua warga SK Tok Randok untuk dianugerahkan tawaran tersebut berjaya. Dengan segala usaha dan tungkus lumus yang telah diberikan oleh semua warga SK Tok Randok, insyallah impian ini akan menjadi kenyataan. Terima kasih juga diucapkan kepada 3 orang Nazir yang telah datang untuk menilai sekolah kami.

Welcome