" />

Isnin, 31 Mac 2014


Guru Besar memperkenalkan guru baru kepada murid murid
Baru baru ini, Sk Tok Randok telah menerima seorang guru baru iaitu Cg Muhammad Syafiq Ta Oo Bin Abdullah. Sebelum ini beliau bertugas di Sk Menerong. Kami warga Sk Tok Randok mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK Tok Randok kepada Cg Syafiq.

Rabu, 19 Mac 2014

Program Jalinan Kasih (Linus)

Pada 19.3.2014 telah diadakan satu Program Jalinan Kasih melibatkan ibu bapa/penjaga murid linus 2014 bertempat di Makmal Sains 2. Program ini diadakan bagi mendapatkan persetujuan dan menerangkan kepada ibu bapa/penjaga mengenai program yang akan diadakan pada cuti sekolah nanti iaitu Program Bacaan Intensif murid linus yang akan diadakan selama 3 hari bermula 23 Mac 2014 sehingga 25 Mac 2014.

Selasa, 18 Mac 2014

Kejohanan Bola Baling MSSDHT 2014

16.3.2014-17.3.2014 : Berikut adalah keputusan perlawanan Kejohahan Bola Baling MSSDHT 2014

Kategori Lelaki                                        Kategori Perempuan
Johan : Sk Kua                                        Johan : Sk Tapah
Naib Johan : Sk Ajil                                 Naib Johan : Sk Felda Mengkawang
Tempat Ketiga : Sk Tok Randok              Tempat Ketiga : Sk Jerangau Barat
                       : Sk Bukit Diman                                      : Sk Seri Buloh

Aksi Sk Tok Randok menentang Sk Bukit Diman
Perlawanan akhir antara pasukan Sk Ajil menentang Sk Kua
Perlawanan terpaksa ditentukan dengan balingan penalti
Hadiah disampaikan oleh En Mahadi, wakil dari Unit Ko PPD
Tempat Ketiga Sk Tok Randok
Juga tempat Ketiga Sk Bukit Diman
Naib Johan Sk Ajil
Johan Sk Kua

Khamis, 13 Mac 2014

Bola Tampar SKTR Layak ke Peringkat Daerah

Sekali lagi Sk tok Randok melakar kejayaan kerana mendapat tempat Naib Johan bagi kategori lelaki dan perempuan dalam perlawanan bola tampar peringkat zon yang berlangsung kelmarin di Sk Ajil. Dengan kemenangan ini melayakkan Sk Tok Randok untuk bersaing ke peringkat daerah. Ini membuktikan SKTR bukan sahaja hebat dari segi akademik, malahan dalam bidang sukan. Kepada atlet  atlet, tahniah diucapkan dan teruskan perjuangan anda, pastikan kemenangan terus menjadi milik kita. SKTR Boleh!!!

Rabu, 12 Mac 2014

Sk Tok Randok Johan Bola Baling KDSR 1 Kategori Lelaki

Bertempat di padang Sk Tok Randok telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling KDSR peringkat zon yang diadakan pada 10.03.2014. Kejohanan yang berlangsung selama 1 hari itu telah berakhir dengan keputusan Sk Tok Randok dinobatkan sebagai Johan bagi kategori lelaki, Naib Johan Sk Ajil, dan tempat ketiga dimenangi bersama oleh pasukan Sk Bukit Perah dan Sk Padang Setar. Manakala bagi kategori perempuan pula Johan dimenangi oleh Sk Ajil, Naib Johan Sk Bukit Perah, dan tempat ketiga dimenangi bersama oleh pasukan Sk tok Randok dan Sk Bukit Gemuroh. Pasukan yang layak akan bertanding ke peringkat daerah yang dijadualkan berlangsung pada 16 hb Mac 2014 juga bertempat di padang Sk Tok Randok.
Majlis penyampaian hadiah
Pemain Bola Baling Sk Tok Randok

Ahad, 9 Mac 2014

Penglibatan Komuniti

Pasukan kompang sekolah Sk Tok Randok telah dijemput oleh Jkkk Perumahan Tok Randok untuk sama sama dalam program mereka iaitu pertandingan kampung cantik. Pasukan kompang sekolah dijemput bermain kompang untuk menyambut kehadiran hakim pertandingan. Penglibatan ini adalah satu usaha yang baik kerana ia boleh merapatkan lagi hubungan warga sktr dengan orang kampung.

Program Mentor Mentee

Pada pagi ini telah diadakan satu Program Mentor Mentee. Program ini diadakan bagi menyerahkan mentee iaitu pelajar tahun 6 kepada mentor masing masing. Setiap pelajar mendapat seorang mentor iaitu guru sktr. Ibu bapa pelajar tahun 6 turut dijemput untuk bersama sama dengan anak mereka semasa penyerahan anak angkat ini.
Adik Shuib bertuah kerana Guru besar memilihnya sebagai anak angkat
Anak angkat kepada Cg Lakowi (PK1)
Anak Angkat Kepada Cg Fatimah (PK Hem)
Cg Din (Pk Ko) dengan anak angkatnya

SKTR Tuan Rumah Kejohanan Bola Baling KDSR 1

Sk Tok Randok menjadi tuan rumah bagi kejohanan Bola Baling KDSR 1 peringkat Zon yang akan diadakan pada 10 Mac 2014- 11 Mac 2104. Kepada para pelajar, bolehlah hadir untuk menyaksikan kejohanan tersebut bagi mamberikan sokongan kepada pasukan sekolah kita. Permainan akan bermula pada jam 2.30 ptg.

Majlis Tautan Kasih

Makluman : Kepada semua guru dan kakitangan, satu Majlis Tautan Kasih bagi meraikan guru yang telah bertukar tahun ini akan diadakan sepertimana berikut :

       Tarikh : 9 Mac 2014 (Ahad)
       Jam : 2.30 Petang
       Tempat : Anjung Bistro, Primula Hotel, Batu Burok, Kuala Terengganu