" />

Rabu, 30 April 2014

Selasa, 29 April 2014

BSN - SK Tok Randok School Carnival 2014

Tarikh    :    9 dan 10 Mei 2014 (Jumaat & Sabtu)
Tempat  :    Sekolah Kebangsaan Tok Randok

Berbagai acara dan aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival. Antaranya adalah :
       1.   Pameran bermaklumat dari agensi agensi kerajaan dan swasta
       2.   Pertandingan Bakat Murid
       3.   Pertandingan Mewarna
       4.   Sukaneka Rakyat
       5.   Horse Riding
       6.   Pemeriksaan Kesihatan
       7.   Gerai Jualan
       8.   Jamuan Rakyat
       9.   Senamrobik

Perasmian penutup akan diadakan pada hari Sabtu jam 2.30 petang yang akan dirasmikan oleh YB Dato Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Datanglah beramai ramai bagi memeriahkan karnival tersebut.

Ujibakat Pertandingan Karaoke BSN SKTR School Carnival 2014

Bersempena dengan BSN School Carnival 2014 yang akan diadakan pada 9 dan 10 Mei 2014, satu ujibakat pertandingan karaoke bakat muda akan diadakan. Ujibakat ini diadakan bagi memilih 13 orang peserta yang layak untuk bersaing ke peringkat akhir yang akan diadakan pada hari karnival tersebut. Ujibakat akan diadakan sepertimana berikut :

          Tarikh    :     3 Mei 2014
          Masa     :     9.00 Pagi
          Tempat  :     Dewan Sk Tok Randok  

Syarat-syarat penyertaan :
  1. Kanak-kanak berumur 7-12 tahun
  2. Peserta mestilah mempunyai akaun BSN
  3. Peserta boleh membawa CD/minus one/pendrive sendiri semasa ujibakat atau memilih lagu-laguyang disediakan oleh pihak penganjur
  4. Yuran penyertaan akan dikenakan sebanyak RM10 semasa penyerahan borang semasa ujibakat
  5. Hanya 13 orang peserta akan dipilih untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan pada 9 Mei 2014, jam 9.00 malam
Hadiah yang bakal dimenangi adalah :

         Tempat Pertama   :   RM 1,200.00
         Tempat Kedua     :   RM 800.00
         Tempat Ketiga     :   RM 500.00
         10 Saguhati         :   RM 200.00

  • Borang penyertaan boleh didapati di pejabat SK Tok Randok bermula pada 29/4/2014
  • Borang adalah terhad siapa cepat dia dapat
  • Borang penyertaan yang lengkap diisi dan yuran hendaklah dibawa bersama-sama semasa ujibakat.

Mesyuarat JK Induk BSN SKTR School Carnival 2014

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk telah diadakan di Bilik Mesyuarat Sk Tok Randok bagi membentangkan kepada ahli-ahli dan agensi-agensi terlibat mengenai BSN SKTR School Carnival 2014 yang akan diadakan pada 9 dan 10 Mei 2014 nanti. Semoga dengan  mesyuarat ini, objektif  mengadakan karnival ini dapat dicapai dengan sebaik mungkin dan akan berakhir dengan jayanya..

Isnin, 21 April 2014

Permata Pintar

Pencarian Pelajar Permata Pintar Insan oleh Pusat Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia telah dibuka bermula 1 Februari 2014 dan akan berakhir pada 30 Mei 2014. Pencarian kanak kanak berbakat ini terbuka kepada semua pelajar berumur 8 tahun dan ke atas. Program ini bermatlamat menjana kepintaran dan bakat bagi melahirkan cendekiawan islam. Untuk melakukan ujian saringan pertama insan, pelajar perlu melayari laman web http://permatainsan.usim.edu.my/. Sk Tok Randok mensasarkan kesemua pelajar tahun 2 hingga tahun 6 sekolah ini akan menyertai ujian tersebut. Setakat ini seramai 90 daripada 198 orang murid tahun 2 hingga 6 Sk Tok Randok telah menduduki ujian tersebut.

Motivasi Pagi Untuk Pelajar Tahun 6 Yang Bakal Menduduki UPSR.

Khamis, 17 April 2014

Tempat Ke 3 Pertandingan Pantun Peringkat Daerah

Tahniah dan syabas kepada anak anak Sk Tok Randok yang mewakili sekolah dalam pertandingan pantun yang diadakan pada 16.4.2014 kelmarin bertempat di SMK TAI. Mereka yang bertanding adalah adik Syaza Liana, Noorwafa, Nor Aini, Irbah Izzati dan satu satunya peserta lelaki mewakili Sk Tok Randok iaitu adik Izzat. Tidak disangka sebenarnya pelajar Sk Tok Randok mempunyai bakat yang sangat hebat dalam berpantun. Walaupun kita di tempat ketiga, kita dipuji kerana kehebatan semasa menyampaikan pantun dari segi gaya, intonasi, dan ritma.Kita jadikan pertandingan ini sebagai satu pengalaman dan asas untuk kita merangkul kejuaraan pada tahun akan datang.Tahun depan kita buat yang lebih baik lagi.....

Mesyuarat KDSR1 Kali Ketiga 2014 Guru Besar Zon 1


Ahad, 6 April 2014

Tahniah!!! Layak Terima Anugerah Tawaran Baru Guru Besar 2013

Alhamdulillah.... Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Tok Randok terutamanya Guru Besar kerana  tersenarai dalam 32 orang penerima Anugerah Tawaran Baru Guru Besar 2013 (Bai'ah) di Negeri Terengganu. Bai'ah adalah penilaian  ke atas Guru Besar / Pengetua dilakukan pada penghujung pusingan tahun penilaian semasa setelah keputusan UPSR diumumkan dan markah SKPM di isi ke dalam portal oleh Guru Besar. Guru Besar memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mereka juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah. Walaupun anugerah ini untuk Guru Besar, namun bagi Guru Besar Sk Tok Randok iaitu Cg Marzilaini Bin Muhamad kejayaan ini adalah milik semua warga Sk Tok Randok kerana dari sokongan dan komitmen guru dan kakitanganlah yang membolehkan kejayaan ini dikecapi. Ini merupakan kali ketiga Sk Tok Randok menerima anugerah ini.

Selasa, 1 April 2014

Sarana Komuniti

Waktu Kokurikulum petang ini telah diisi dengan satu program yang sangat bermanfaat kepada pelajar iaitu gotong royong membersihkan Masjid Hadhari Perumahan Tok Randok yang terletak berdekatan dengan sekolah. Gotong royong ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.
Daripada Anas Bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda "Telah dibentangkan kepadaku pahala-pahala ummahku termasuklah pahala membersihkan kotoran daripada masjid.. Dan telah dibentangkan kepadaku dosa-dosa ummahku, maka aku melihat dosa yang paling besar ialah apabila seseorang yang melupakan satu surah atau ayat yang telah dihafalnya"..