" />

Khamis, 24 Julai 2014

Majlis Temu Murni

Sebentar tadi telah berlangsungnya Majlis Temu Murni yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai PPDHT iaitu Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin. Majlis dimulakan dengan Ucapan oleh Guru Besar SK Tok Randok, diikuti pula ucapan perasmian oleh Tuan Pegawai PPDHT dan diteruskan lagi dengan pemberian hadiah kepada 2 orang pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pra Percubaan UPSR baru- baru ini. Majlis berakhir dengan perjumpaan ibu bapa dengan guru di dalam kelas. Buku Sarana Ibu Bapa turut diserahkan kepada semua ibu bapa yang hadir.

Gotong Royong Sempena Kempen Anti Denggi

 
 
 
 

Ahad, 20 Julai 2014

Ahad, 13 Julai 2014

Sarana Komuniti

Guru dan murid ke rumah warga emas.

Sarana Komuniti

Kunjungan Cakna Mesra Murid. Tarikh kunjungan pada 11 Julai 2014 jam 5.00 petang.
Guru Besar bersama bapa murid Tahun 1 iaitu adik Alif
Buah tangan disampaikan kepada keluarga murid

Rabu, 9 Julai 2014

Pemantauan Pembestarian Sekolah

Pada hari ini, SK Tok Randok telah didatangi oleh Tn Hj. Mat Nawi Bin Omar dan Pn Syuhairah Bt Mohamed Sani dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu untuk menjalankan Pemantauan Pembestarian Sekolah Tahun 2014. Tujuan pemantauan ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan insiatif ICT dan Pusat Sumber Sekolah.
Alat bantu mengajar yang dipanggi ELMO menarik perhatian Tn Hj Mat Nawi

Ahad, 6 Julai 2014

Majlis Perpisahan Cg Rosmady

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Cg Rosmady bertugas sebagai guru di SK Tok Randok. Ini kerana beliau telah dinaikkan pangkat menjadi PK Ko di SK Getang. Cg Rosmady Bin Mohamed mula bertugas di SK Tok Randok pada 01.01.2006. Banyak jasa dan budi yang telah beliau berikan pada sekolah ini terutamanya dalam bidang bola baling sehingga SKTR dianugerahkan SKK kebitaraan bola baling. Kehilangan beliau ibarat kehilangan sebutir permata yang sangat berharga. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Cg. Rosmady di atas kenaikan pangkat itu. Salam perpisahan dari kami semua warga SKTR.