" />

Selasa, 21 Oktober 2014

Tahniah!!!

Tahniah diucapkan kepada SK Tok Randok, Sekolah Kluster Kecemerlangan di atas penerimaan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam UPSR 2013 Melepasi 20% Semua (A).
Tarikh : 21.10.2014

Ahad, 19 Oktober 2014

Aktiviti menanam pokok bunga pelajar Tahun 6

Tarikh : 19.10.2014

SK Tok Randok Johan Kategori Lelaki dan Perempuan

Pada hari Sabtu kelmarin, 18.10.2014 telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling bawah 11 tahun Jemputan Daerah Hulu Terengganu yang dianjurkan oleh Sek Keb Tok Randok, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Dalam pertandingan ini, bagi kategori lelaki Johan adalah SK Tok Randok, Naib Johan SK Ajil dan Tempat Ketiga adalah SK Bukit Diman. Manakala bagi kategori perempuan pula Johan adalah SK Tok Randok, Naib Johan SK Kuala Berang dan Tempat Ketiga SK Getang. Tahniah kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada sekolah yang telah menghantar pasukan Bola Baling sekolah mereka untuk menyertai kejohanan ini.

Pasukan Bola Baling perempuan SK Tok Randok
Pasukan Bola Baling lelaki SK Tok Randok
Majlis Penutup disempurnakan Oleh En Wan Mahadi dari Unit Ko PPDHT
Barisan 1-SK Tok Randok, barisan ke-2- SK Ajil, Barisan ke3- SK bukit Diman
Barisan 1- SK Tok Randok, barisan ke-2- SK Kuala Berang
Tahniah!!!SKTR Boleh!!!

Rabu, 15 Oktober 2014

Kejohanan Bola Baling Bawah 11 Tahun Jemputan Daerah Hulu Terengganu, Anjuran Sek Keb Tok Randok, Sekolah Kluster Kecemerlangan 

Tarikh : 18 Oktober 2014 (Sabtu)
Jam : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Tok Randok

Khamis, 9 Oktober 2014

Program Rekreasi Matematik Kebitaraan Matematik

Tarikh : 09.10.2014
Tempat : SK Tok Randok
Penyertaan : Pelajar tahun 1-5 dibahagikan kepada beberapa kumpulan
Acara yang diadakan : Pertandingan congkak, batu seremban, timbang bulu ayam, bingo, soduku, dan dam ular.
Cara permainan : Pelajar bergerak dalam kumpulan ke satu stesen ke stesen yang lain bagi menyudahkan permainan. Selepas pelajar berjaya menyudahkan permainan guru yang berada di stesen akan cop atas kertas mereka berdasarkan permainan yang berjaya disudahkan.
Aacara senamrobik pembuka tirai
Pembahagian kumpulan
Pelajar diberi sehelai kertas setiap seorang untuk dicop
Menerangkan cara permainan
Acara batu seremban
Acara dam ular
Acara timbang bulu ayam
Acara bingo
Permainan congkak
Sebahagian dari cikgu yang bertungkus lumus menjayakan program
Pelajar menyerahkan kertas cop masing masing untuk diadili