" />

Selasa, 31 Mac 2015

Hari Anti Dadah

Pada hari ini telah diadakan Hari Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Sekolah 2015. Semua murid dan guru berkumpul di dewan jam 8.00 pagi untuk memulakan aktiviti. Ia dimulai dengan aktiviti senamrobik, diikuti 'Ceramah Dadah' yang disampaikan oleh Wakil AADK. Selepas rehat murid berhimpun semula di dewan untuk menyertai pertandingan membuat poster dan merekacipta model mengenai dadah. Semua murid berasa teruja melihat pameran berkaitan dadah. Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah dan persembahan murid.
Senamrobik
Senamrobik dipimpin oleh cikgu perempuan SKTR
Guru Besar membaca Perutusan Hari Dadah Kebangsaan
Pameran mengenai dadah
Ceramah Dadah dari wakil AADK
Ceramah dadah dalam bentuk tayangan video menarik perhatian guru dan murid
Pertandingan menjawab soalan
Penyampaian cenderahati kepada wakil AADK
Penyampaian cenederahati kepada penceramah jemputan
Persembahan Sajak menegenai dadah
Murid mengunjungi tapak pameran yang disediakan
Pertandingan Teka Silang Kata
Pertandingan merekacipta model dadah
Pertandingan Melukis Poster
Hasil kreativiti pelajar dipamerkan
Persembahan Boria
Penyampaian hadiah oleh PK1 iaitu Cg Lakowi
Penyampaian hadiah oleh Guru Besar iaitu Cg Marzilaini

Rabu, 18 Mac 2015

Hebahan Ujian UKM1 (Saringan Pertama)

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
4) Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)
Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamathttp://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman webhttp://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my
Bilik Komputer sentiasa dibuka untuk memberi peluang
kepada pelajar menduduki ujian ini
Tekun menjawab Ujian UKM1
Sasaran dari pihak pentadbir adalah 100% murid tahun 2-6 SK Tok Randok
 menduduki Ujian ini.

Ahad, 15 Mac 2015

Kejohanan Olahraga MSSDHT 2015

Tahniah dan syabas...SK Tok Randok menduduki tempat ketiga pungutan pingat keseluruhan dengan membolot 2 emas dan 3 perak dalam Kejohanan Olahraga MSSDHT yang telah diadakan baru baru ini.
Pingat Perak bagi acara lontar peluru
Kecil-kecil cili api...Adik Nurfatin mendapat pingat emas acara lari 200m





Selasa, 10 Mac 2015

Program Jalinan Kasih Ibu Bapa

10 Mac 2015- Program Jalinan Kasih Ibu Bapa ini melibatkan murid yang terlibat dalam Program Literasi Bahasa Melayu (LINUS). Ibu bapa dijemput hadir supaya dapat berkongsi idea untuk mencapai kecemerlangan anak anak mereka.
Taklimat disampaikan oleh Guru Besar