" />

Khamis, 30 Julai 2015

Ujian UKM 2

Tahniah.... Dua orang murid SK Tok Randok telah berjaya melayakkan diri untuk menjalani Ujian Permata Pintar UKM saringan 2. Dua orang murid tersebut adalah :

1.  Nur Edryana Binti Muhammad Kamal
2.  Siti Nur Nadhilah Binti Zamri

Ujian tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh   : 25.08.2015
Masa     : 11.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : SK Kuala Berang

Ahad, 26 Julai 2015

Suasana Sambutan Hari Raya SK Tok Randok

Tarikh    :   25.07.2015
Tempat  :   Kantin SK Tok Randok
Jemputan : Semua Guru, Murid & Kakitangan, Ahli PIBG, PPDHT, Ibu Bapa


 SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 
DARI KAMI WARGA SK TOK RANDOK

Program Jalinan Kasih Impian Cemerlang

Tarikh     :   25 Julai 2015
Masa      :   8.00 pg
Tempat   :   Bilik Sains, SKTR

Tema
"Muafakat Membawa Berkat"

Objektif
a.  Membentang prestasi pencapaian semua murid
b.  Mendapatkan maklum balas dari ibu bapa/penjaga
c.  Membentang program menjelang UPSR
d.  Menjelaskan target dan harapan sekolah

Sasaran
Semua Ibu Bapa & penjaga murid Tahun 6

Aturcara Majlis :
  8.00 pagi   -  Ucapan Tuan Guru Besar
                   -  Pembentangan BK10 (prapercubaan UPSR)
                   -  Pembentangan Program UPSR
                   -  Pembentangan Pencapaian Murid
                   -  Temu murni bersama guru mata pelajaran
                   -  Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Menuggu di hadapan sekolah untuk menyambut
kedatangan ibu bapa masing-masing
Ramai ibu bapa yang hadir
Sebahagian murid Tahun 6
Ucapan Guru Besar
Penyerahan keputusan peperiksaan kepada ibu bapa
Perbincangan antara guru dan ibu bapa

Jawatankuasa Program Jalinan Kasih Impian Cemerlang merakamkan penghargaan dan Terima Kasih kepada Ibu Bapa dan Penjaga Murid Tahun 6 atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Rabu, 22 Julai 2015

Kunjungan Mesra Tuan Pengarah JPNT

Hari ini 22.07.2015, SK Tok Randok telah menerima kunjungan mesra dari Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin. Kunjungan Tuan Pengarah adalah untuk melawat murid tahun 6 yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi. Murid Tahun 6 yang sedang mengikuti kelas tambahan terkejut apabila melihat Tuan Pengarah masuk ke dalam kelas. Semua murid Tahun 6 dikumpulkan di Bilik Mesyuarat untuk mendengar kata-kata motivasi dari Tuan Pengarah. Kami warga SK Tok Randok berasa sangat berbesar hati atas kunjungan ini. Semoga dengan kata kata motivasi yang telah diberikan dapat menyuntikkan lagi semangat pelajar SK Tok Randok untuk melakar kejayaan. Terima kasih kami ucapkan.
Tuan Pengarah melawat ke kelas Murid Tahun 6
yang sedang mengikuti kelas tambahan
Mendengar kata-kata motivasi dari Pengarah JPNT

Pemakaian Tag 5A kepada Murid target

Penyampaian hadiah atas pencapaian cemerlang
memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan baru baru ini.
Penyampaian cenderahati kepada Tuan Pengarah
Yakin Boleh!! 5A!!
Pada masa yang sama,SK Tok Randok turut menerima
kunjungan raya dari BTPNT