Kejohanan olahraga peringkat sekolah telah berlangsung pada hari ini 13 Feb hingga 16 Feb 2011. Olahraga ini bermula pada pukul 3.00 petang dan pada hari Rabu (16 Feb 2011) bermula pada pukul 8.00 pagi. Pada hari pertama, kejohanan yang berlangsung adalah acara padang iaitu lompat tinggi, lompat jauh, dan lontar peluru serta saringan 100m dan 200 m.
Di bawah ini beberapa gambar-gambar yang menarik pada hari pertama kejohanan:-
Seramai 39 pelajar tahun 6 telah menyertai Kem Motivasi UPSR bertempat di Mayang Sari Beach Resort, Dungun, Terengganu. Kem ini bermula pada hari Rabu, 21 Julai hingga hari Jumaat, 23 Julai 2010. Menurut penyelaras UPSR tahun ini, program ini dirancang sebagai satu usaha untuk memantapkan diri murid dari segi jasmani, rohani, emosi dan sahsiah pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam itu antaranya Ice-breaking, ceramah, sukaneka dan motivasi diri. Tuan guru besar, En. Alias bin Said juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan pelajar-pelajar ini dalam slot ceramah beliau di dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Beliau telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada seluruh warga SKTR yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kepada semua guru dan murid SKTR, keputusan penuh peperiksaan pertengahan tahun sudah keluar. Sila layari laman web sekolah di http://sktokrandok.webs.com/
Selama seminggu, semua murid negeri Terengganu telah menjawab soalan peperiksaan OTI 2 2010. Diharapkan selepas ini, semua murid SKTR berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan sekolah. Selamat Berjaya kepada semua murid SKTR.
Hari ini, seluruh negara meraikan sambutan hari guru. Di SKTR, sambutan yang diadakan amat meriah sekali pada tahun ini. Acara pada waktu pagi dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', 'Selamat Sultan' dan Lagur Sekolah. Kemudian pula diikuti dengan nyanyian lagu 'Guru Malaysia', lagu tema hari guru dan ikrar guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah explorace, timbang bola takraw, memasukkan bola jaring dan aktiviti dewan. Semua guru membuat undian untuk bertukar-tukar hadiah sesama mereka sendiri. Semoga sambutan hari guru pada tahun ini akan memberikan lagi inspirasi dan semangat kepada semua guru untuk mencurahkan ilmu kepada murid.
Pada minggu lepas 6 Mei hingga 7 Mei 2010, satu perkhemahan badan beruniform SKTR telah diadakan dengan jayanya di Pulau Redang. Seramai 52 orang murid dan beberapa orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut di pusat Kokurikulum. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti snorkling, jungle tracking, tracking ke paya bakau, melihat secara langsung kapal terbang mendarat dan pelbagai lagi. Semua murid ini dapat pengetahuan baru dalam melakukan aktiviti air terutamanya snorkling.