" />

Sabtu, 25 Jun 2011

Perkhemahan Badan Beruniform Hari Ke 3







Pada hari terakhir, aktiviti masih lagi dapat dijalankan. Antaranya ialah kekemasan khemah dan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Roziah Zangi. Upacara penutup pula telah dirasmik oleh GPK 1 SK Tok Randok iaitu Cikgu Lakowi. Beliau berterima kasih kepada semua guru dan murid kerana berjaya menjalankan aktiviti perkhemahan ini dengan jayanya. Penekanan beliau adalah berkenaan dengan kerjasama antara semua pelajar di dalam kumpulan agar dapat diaplikasikan di dalam kelas. Semua murid berasa seronok dengan aktiviti yang diadakan pada tahun ini. Sayonara...sehingga berjumpa lagi tahun hadapan.

Jumaat, 24 Jun 2011

Perkhemahan Badan Beruniform Hari Ke 2







Pada hari kedua, pelbagai aktivit yang menarik dan mencabar minda murid berjaya dijalankan. Pada waktu pagi, semua murid telah pergi ke Sungai Menerong. Antara aktiviti yang di adakan ialah polo air, bola tampar pantai, sukaneka dan bot laju. Pada sebelah petang, aktiviti trekking pula telah diadakan dengan tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Acara kemuncak pula ialah persembahan malam kebudayaan dengan tema yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.

Khamis, 23 Jun 2011

Perkhemahan Badan Beruniform Hari 1







Perkhemahan Badan Beruniform telah bermula pada hari ini iaitu Khamis dan berakhir sehingga Sabtu ini. Semua peserta perkhemahan pada tahun ini adalah seramai 91 orang. Perkhemahan ini diadakan di Padang SKTR dan diketuai oleh kem komandan 1 (Cikgu Nur Iman) dan kem komandan 2 (Ustazah Nur Aishah)
Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari pertama. Semua khemah dapat didirikan dengan sempurna sekali dengan kerjasama guru dan juga murid.

Khamis, 26 Mei 2011

PERPISAHAN GURU...







Hari ini merupakan hari terakhir tiga orang guru SKTR iaitu Cikgu Siti Khamisah, Cikgu Azlina dan Cikgu Nur Arafah. Ini kerana mereka ini akan bertukar ke sekolah baru bermula 1 Jun 2011. Saksikanlah babak-babak perpisahan yang sempat dirakamkan.

Selasa, 24 Mei 2011

Jamuan Jasamu Dikenang





Satu majlis jasamu dikenang telah diadakan hari ini pada pukul 1.00 tengah hari bertempat di kantin SK Tok Randok. Majlis ini adalah untuk meraikan jasa mantan guru-guru SKTR iaitu Cikgu Mohd Sabri (PK1), Cikgu Nor Sazelawati (Pra), Ustazah Asmaiza (J-QaF), dan Cikgu Hasnu. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu Alias bin Said. Jasa guru-guru ini tidak akan dilupakan sehingga menaikkan SKTR yang telah menjadi salah sebuah sekolah cemerlang dalam pencapaian UPSR di daerah Hulu Terengganu.

Ahad, 22 Mei 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peperiksaan pertengahan tahun telah bermula pada 22 hingga 26 Mei 2011. Diharapkan kepada semua murid SKTR telah bersedia untuk menjawab soalan tersebut.
SELAMAT MENJAWAB!!

Isnin, 16 Mei 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011








Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan satu tarikh keramat bagi semua guru-guru di seluruh Malaysia meraikan hari guru masing-masing. Di SKTR, majlis hari guru tahun ini disambut dengan hebat dan meriah sekali. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan dengan jayanya. Antaranya ialah pertandingan bola baling, bola jaring dan acara dewan (puzzle, pecah belon, pakaian berhias dan nyanyian lagu guru malaysia).