" />

Isnin, 18 Julai 2011

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6









Satu majlis temu murni guru-guru tahun 6 & guru besar bersama-sama dengan ibu bapa pelajar Tahun 6 berjaya dilaksanakan. Pelajar-pelajar ini akan menghadapi peperiksaan UPSR 2011 pada bulan September nanti. Majlis ini adalah bagi menyelesaikan dan juga merungkai masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Guru Besar SKTR, Encik Alias bin Said telah mengambil ruang bagi menerangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Beliau juga menerangkan tentang kecemerlangan kurikulum iaitu peperiksaan UPSR yang telah berlaku di sekolah ini. Harapan beliau adalah agar, SK Tok Randok akan berjaya sekali lagi dalam kecemerlangan murid dalam UPSR pada tahun ini.
Dalam pada itu juga, perbincangan dari hati ke hati antara guru-guru tahun 6 dan juga ibu bapa pelajar tersebut berlangsung dengan jayanya. Segala kelemahan dan kekurangan pelajar berkenaan telah disampaikan oleh guru kepada ibu bapa murid agar mereka dapat mengambil satu inisiatif ke atas anak-anak mereka sendiri demi kecemerlangan UPSR SK Tok Randok.

Sabtu, 2 Julai 2011

Larian 1Murid, 1Sukan 1Malaysia







Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia berjaya di realisasikan serentak di seluruh negara pada pukul 7.45 pg hari ini. Tidak ketinggalan di SK Tok Randok, acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan guru dan juga murid. Pelbagai aktiviti yang diadakan selepas acara larian tesebut. Antaranya ialah senamrobik, futsal, dan bola jaring. Semua murid melibatkan diri dalam acara-acara yang telah diadakan ini sempena dengan slogan '1 Murid 1 Sukan'.

Isnin, 27 Jun 2011

Kem Motivasi UPSR 2011 Dun Ajil









Seramai 150 orang pelajar dari 16 buah sekolah rendah di DUN Ajil telah menyertai kem motivasi UPSR 2011 anjuran PPD Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama pejabat DUN Ajil. Kem ini telah diadakan di dewan terbuka SK Tok Randok. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid ADUN Ajil. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Shafruddin bin Hj Ali Hussin bersama dengan Timbalan Pengawai Pelajaran Daerah, Encik Khalid bin Mustafa turut hadir bagi menjayakan program ini. Penceramah jemputan, Encik Kamaruddin bin Kassim telah menyampaikan ceramah bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Diharapkan semua pelajar yang terlibat telah mendapat manfaat daripada motivasi yang telah disampaikan ini. Semoga calon-calon ini akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2011 nanti.

Ahad, 26 Jun 2011

Cuti Peristiwa Sempena PBB Peringkat Sekolah

Pada hari ini semua murid telah diberikan cuti peristiwa sempena Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Sekolah.

Sabtu, 25 Jun 2011

Perkhemahan Badan Beruniform Hari Ke 3







Pada hari terakhir, aktiviti masih lagi dapat dijalankan. Antaranya ialah kekemasan khemah dan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Roziah Zangi. Upacara penutup pula telah dirasmik oleh GPK 1 SK Tok Randok iaitu Cikgu Lakowi. Beliau berterima kasih kepada semua guru dan murid kerana berjaya menjalankan aktiviti perkhemahan ini dengan jayanya. Penekanan beliau adalah berkenaan dengan kerjasama antara semua pelajar di dalam kumpulan agar dapat diaplikasikan di dalam kelas. Semua murid berasa seronok dengan aktiviti yang diadakan pada tahun ini. Sayonara...sehingga berjumpa lagi tahun hadapan.

Jumaat, 24 Jun 2011

Perkhemahan Badan Beruniform Hari Ke 2







Pada hari kedua, pelbagai aktivit yang menarik dan mencabar minda murid berjaya dijalankan. Pada waktu pagi, semua murid telah pergi ke Sungai Menerong. Antara aktiviti yang di adakan ialah polo air, bola tampar pantai, sukaneka dan bot laju. Pada sebelah petang, aktiviti trekking pula telah diadakan dengan tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Acara kemuncak pula ialah persembahan malam kebudayaan dengan tema yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.

Khamis, 23 Jun 2011

Perkhemahan Badan Beruniform Hari 1







Perkhemahan Badan Beruniform telah bermula pada hari ini iaitu Khamis dan berakhir sehingga Sabtu ini. Semua peserta perkhemahan pada tahun ini adalah seramai 91 orang. Perkhemahan ini diadakan di Padang SKTR dan diketuai oleh kem komandan 1 (Cikgu Nur Iman) dan kem komandan 2 (Ustazah Nur Aishah)
Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari pertama. Semua khemah dapat didirikan dengan sempurna sekali dengan kerjasama guru dan juga murid.