" />
Rabu, 15 Februari 2012
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Sambutan maulidur Rasul pada tahun ini disambut dengan sederhana. Semua murid berarak ke kawasan Perumahan Kg Tok Randok dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Ustaz Abdul Aziz dari Pondok Darul Iman, Pelandang. Antara aktiviti yang diadakan ialah mewarna & melukis poster, nasyid dan laungan azan.





Ahad, 12 Februari 2012
Taklimat SKK Kepada Guru Bil.1/2012
Seperti sedia maklum, SKTR telah dicalonkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Kebitaraan Akademik Matematik dan Kokurikulum Bola Baling bagi tahun 2012. Satu taklimat ringkas telah diberikan kepada semua guru bagi menyediakan laporan-laporan yang berkenaan. Di harapkan semua guru dapat berkerjasama di dalam menjayakan SKK ini. Tahniah diucapkan kerana SKTR sekali melonjak ke hadapan di dalam pencalonan SKK bagi tahun ini.



Selasa, 7 Februari 2012
LADAP Bil.1/2012 - Kursus Pemarkahan BM
Hari ini semua guru-guru SKTR didedahkan dengan skema pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR. Penceramah jemputan merupakan saudara cikgu Mohd Yunus daripada SK Bukit Losong yang juga merupakan pemeriksa kertas UPSR Bahasa Melayu. Banyak input yang berguna telah berjaya didedahkan kepada semua guru dan juga rahsia-rahsia untuk lulus dan mendapat markah yang tinggi dalam kertas penulisan Bahasa Melayu.




Rabu, 1 Februari 2012
Selamat Datang GB Baru Ke SKTR
Majlis sambutan secara sederhana diadakan di SKTR bagi meraikan kedatangan Guru Besar yang Baharu di SKTR iaitu En Mohd bin Ismail. Beliau yg sebelum ini bertugas di SK Cheting diiringi oleh guru-guru SK Cheting datang ke SK Tok Randok bagi memulakan tugas rasminya sebagai Guru Besar SKTR. Kami warga SKTR mengucapkan "Selamat Datang Ke SKTR" kepada Cikgu Mohd bin Ismail.



Khamis, 19 Januari 2012
GB SKTR Yang Tiada Galang Gantinya
Rabu, 11 Januari 2012
Majlis Perpisahan Guru Besar
Majlis Perpisahan peringkat sekolah berlangsung sempena pertukaran En. Alias bin Said, Guru Besar SKTR ke SK Chendering. Majlis dipengerusikan oleh Che Azmai bin Talib. Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Muhammad Danial bin Nordin, Ketua Murid 2012 diikuti oleh ucapan wakil Guru KAFA, dan wakil Guru SKTR iaitu En. Lakowi bin Abd Rashid. Ucapan Guru Besar banyak menyentuh tentang anak didiknya agar menjadi seorang manusia yang berguna dan cemerlang pada satu hari nanti.
Guru Besar, En. Alias bin Said merupakan guru besar yang pertama di SKTR semenjak pembukaannya pada tahun 2002. Selama menjadi guru besar lebih daripada 10 tahun, banyak kenangan manis, suka dan duka dikongsi bersama dengan SKTR ini sehingga menjadikan SKTR salah sebuah sekolah yang terkenal dimata masyarakat. Selepas penyampaian hadiah dan cenderamata, semua warga SKTR beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan beliau buat kali terakhir. Suasana kesedihan menyelubungi pemergian beliau yang akan bertugas di sekolah baru iaitu SK Chendering.
Kami warga SKTR mengucapkan 'Salam Perpisahan' dan 'Selamat Bertugas'.






Guru Besar, En. Alias bin Said merupakan guru besar yang pertama di SKTR semenjak pembukaannya pada tahun 2002. Selama menjadi guru besar lebih daripada 10 tahun, banyak kenangan manis, suka dan duka dikongsi bersama dengan SKTR ini sehingga menjadikan SKTR salah sebuah sekolah yang terkenal dimata masyarakat. Selepas penyampaian hadiah dan cenderamata, semua warga SKTR beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan beliau buat kali terakhir. Suasana kesedihan menyelubungi pemergian beliau yang akan bertugas di sekolah baru iaitu SK Chendering.
Kami warga SKTR mengucapkan 'Salam Perpisahan' dan 'Selamat Bertugas'.
Selasa, 10 Januari 2012
Perjumpaan Terakhir GB Bersama Warga SKTR
Satu perjumpaan terakhir di adakan pada hari ini bersama dengan warga SKTR sempena pertukaran Guru Besar, En. Alias bin Said ke SK Chendering. Guru Besar telah meninggalkan satu amanat dan pesanan yang berguna kepada semua warga SKTR agar dapat menjadikan SKTR sebagai sebuah sekolah yang terhebat dan disanjung tinggi. Kami warga SKTR ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepimpinan beliau menerajui SK Tok Randok sehingga menjadi salah sebuah sekolah yang berjaya dan dikenali ramai.




Langgan:
Catatan (Atom)
