" />

Isnin, 29 Julai 2013

LADAP Frog VLE dan SPS



Latihan guru pada kali ini memfokuskan penggunaan Frog VLE yang disampaikan oleh Ustazah Nur Aishah bt Hamdan. Beliau menerangkan serba sedikit tentang penggunaan Frog VLE di dalam pengajaran di mana ianya amat memudahkan guru dan juga murid.
Di samping itu, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) pula disampaikan oleh Cikgu Samery Jusoh. Kali ini beliau memfokuskan kepada data individu yang perlu dimasukkan di dalam sistem dan juga pendaftaran nama murid di dalam kelas. Pihak sekolah mengharapkan agar semua guru dan staf dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang dipelajari dalam latihan pada hari ini.

Ahad, 17 Mac 2013

Olahraga MSSMDHT Kali Ke-48



Kejohanan yang berlangsung di SMK Jenagor pada 11 - 14 Mac 2013. Seramai 12 atlit SKTR yang  menyertai olahraga tersebut. Atlit SKTR telah memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi P12 ialah Nur Ain Kamilah dengan catatan ketinggian 1.24 m. Manakala dalam acara akhir 4 x 200m, atlit SKTR berjaya memenangi pingat gangsa.

Ahad, 10 Mac 2013

Ceramah Motivasi Pelajar

 




Ceramah motivasi pelajar untuk murid-murid tahun 5 dan 6 disampaikan oleh Ustaz Haji Mahadi bin Awang, Pengarah YADIM Negeri Kelantan. Pengisian ceramah beliau banyak kepada kerohanian murid dan motivasi dalam diri pelajar. Disamping itu, beliau berjaya menanamkan ke dalam diri pelajar tentang pengorbanan seorang ibu dan ayah.

Sabtu, 23 Februari 2013

Terengganu City Night Games - Bola Baling L12



City Night Games yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu telah diadakan di stadium tertutup di Gong Badak. SKTR telah menghantar wakil dalam pertandingan bola baling L12. Penyertaan SKTR pada kali ini adalah untuk mendedahkan murid agar dapat mencari pengalaman dalam sesuatu pertandingan di luar daerah.

Rabu, 13 Februari 2013

Jamuan Perpisahan Ustazah Nurhayuni




Satu majlis jamuan perpisahan diadakan di Green Acre Golf & Country Club, Kuala Ibai bagi meraikan pertukaran Ustazah Nurhayuni Kadir ke SK Lavender Height, Seremban, Negeri Sembilan. Sepanjang berada di SKTR, banyak sumbangan telah disumbangkan oleh beliau bagi membangunkan sahsiah pelajar ke arah yang lebih cemerlang. Semoga jasa-jasa dapat diingati sepanjang berada di SKTR. Teruskan perjuangan bagi kecemerlangan pelajar di sekolah baru nanti.

Khamis, 7 Februari 2013

Merentas Desa Peringkat Sekolah






Acara merentas desa diadakan pada tahun ini bagi murid-murid tahap 2 sahaja. Manakala murid-murid tahap satu memasuki acara sukaneka. Pada sebelah paginya telah diadakan satu senamrobik beramai-ramai guru dan pelajar yang diketuai oleh Cikgu Nor Rida.

Selasa, 5 Februari 2013

Bilangan Waktu Mengajar Mengikut Pekeliling


Apa pandangan semua warga pendidik berkenaan bilangan waktu mengajar mengikut pekeliling yang dikeluarkan ini? Adakah ianya betul-betul dilaksanakan di sekolah?