" />

Khamis, 22 Ogos 2013

Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah




Majlis sambutan aidilfitri yang diadakan pada setiap tahun di SKTR. Antara aktiviti yang diadakan sempena aidilfitri tersebut ialah melukis & mewarna, nyanyian lagu raya, dan aktiviti menjamu selera dengan juadah kuih-kuih raya yang dibawa oleh guru-guru dan juga para pelajar.
Sambutan secara sederhana ini diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar.

Khamis, 1 Ogos 2013

Majlis Khatam Al-Quran


 

Dengan kerjasama daripada guru-guru panitia Pendidikan Islam, setiap tahun SKTR akan mengadakan satu majlis khatam al-Quran di bulan ramadhan yang mulia ini. Dalam majlis tersebut, pembahagian duit derma daripada warga SKTR kepada pelajar yang berstatus yatim dan juga pelajar yang susah. Ini adalah untuk mengurangkan beban mereka di dalam menyambut lembaran aildilfitri dengan memakai pakaian yang serba baharu. Diucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang memberi derma pada bulan yang mulia ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Isnin, 29 Julai 2013

LADAP Frog VLE dan SPS



Latihan guru pada kali ini memfokuskan penggunaan Frog VLE yang disampaikan oleh Ustazah Nur Aishah bt Hamdan. Beliau menerangkan serba sedikit tentang penggunaan Frog VLE di dalam pengajaran di mana ianya amat memudahkan guru dan juga murid.
Di samping itu, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) pula disampaikan oleh Cikgu Samery Jusoh. Kali ini beliau memfokuskan kepada data individu yang perlu dimasukkan di dalam sistem dan juga pendaftaran nama murid di dalam kelas. Pihak sekolah mengharapkan agar semua guru dan staf dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang dipelajari dalam latihan pada hari ini.

Ahad, 17 Mac 2013

Olahraga MSSMDHT Kali Ke-48



Kejohanan yang berlangsung di SMK Jenagor pada 11 - 14 Mac 2013. Seramai 12 atlit SKTR yang  menyertai olahraga tersebut. Atlit SKTR telah memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi P12 ialah Nur Ain Kamilah dengan catatan ketinggian 1.24 m. Manakala dalam acara akhir 4 x 200m, atlit SKTR berjaya memenangi pingat gangsa.

Ahad, 10 Mac 2013

Ceramah Motivasi Pelajar

 




Ceramah motivasi pelajar untuk murid-murid tahun 5 dan 6 disampaikan oleh Ustaz Haji Mahadi bin Awang, Pengarah YADIM Negeri Kelantan. Pengisian ceramah beliau banyak kepada kerohanian murid dan motivasi dalam diri pelajar. Disamping itu, beliau berjaya menanamkan ke dalam diri pelajar tentang pengorbanan seorang ibu dan ayah.

Sabtu, 23 Februari 2013

Terengganu City Night Games - Bola Baling L12



City Night Games yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu telah diadakan di stadium tertutup di Gong Badak. SKTR telah menghantar wakil dalam pertandingan bola baling L12. Penyertaan SKTR pada kali ini adalah untuk mendedahkan murid agar dapat mencari pengalaman dalam sesuatu pertandingan di luar daerah.