Satu majlis perpisahan GB SKTR iaitu Cikgu Mohd bin Ismail yang telah bertukar ke SK Pangkalan Berangan, Marang. Tarikh 25 Ogos 2013 merupakan adalah terakhir beliau berada di SKTR. Semua guru dan murid berasa terharu di atas pertukaran beliau yang merupakan seorang guru besar yang berdedikasi dan bertanggung jawab di dalam menjalankan tugas. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana berjaya menerajui SKTR ke mercu kecemerlangan dalam pendidikan walau pun hanya setahun setengah memacu SKTR. Selamat bertugas ke tempat yang baharu?
" />
Ahad, 25 Ogos 2013
Khamis, 22 Ogos 2013
Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah
Majlis sambutan aidilfitri yang diadakan pada setiap tahun di SKTR. Antara aktiviti yang diadakan sempena aidilfitri tersebut ialah melukis & mewarna, nyanyian lagu raya, dan aktiviti menjamu selera dengan juadah kuih-kuih raya yang dibawa oleh guru-guru dan juga para pelajar.
Sambutan secara sederhana ini diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar.
Ahad, 11 Ogos 2013
Khamis, 1 Ogos 2013
Majlis Khatam Al-Quran
Dengan kerjasama daripada guru-guru panitia Pendidikan Islam, setiap tahun SKTR akan mengadakan satu majlis khatam al-Quran di bulan ramadhan yang mulia ini. Dalam majlis tersebut, pembahagian duit derma daripada warga SKTR kepada pelajar yang berstatus yatim dan juga pelajar yang susah. Ini adalah untuk mengurangkan beban mereka di dalam menyambut lembaran aildilfitri dengan memakai pakaian yang serba baharu. Diucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang memberi derma pada bulan yang mulia ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Isnin, 29 Julai 2013
LADAP Frog VLE dan SPS
Latihan guru pada kali ini memfokuskan penggunaan Frog VLE yang disampaikan oleh Ustazah Nur Aishah bt Hamdan. Beliau menerangkan serba sedikit tentang penggunaan Frog VLE di dalam pengajaran di mana ianya amat memudahkan guru dan juga murid.
Di samping itu, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) pula disampaikan oleh Cikgu Samery Jusoh. Kali ini beliau memfokuskan kepada data individu yang perlu dimasukkan di dalam sistem dan juga pendaftaran nama murid di dalam kelas. Pihak sekolah mengharapkan agar semua guru dan staf dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang dipelajari dalam latihan pada hari ini.
Ahad, 17 Mac 2013
Olahraga MSSMDHT Kali Ke-48
Kejohanan yang berlangsung di SMK Jenagor pada 11 - 14 Mac 2013. Seramai 12 atlit SKTR yang menyertai olahraga tersebut. Atlit SKTR telah memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi P12 ialah Nur Ain Kamilah dengan catatan ketinggian 1.24 m. Manakala dalam acara akhir 4 x 200m, atlit SKTR berjaya memenangi pingat gangsa.
Ahad, 10 Mac 2013
Ceramah Motivasi Pelajar
Ceramah motivasi pelajar untuk murid-murid tahun 5 dan 6 disampaikan oleh Ustaz Haji Mahadi bin Awang, Pengarah YADIM Negeri Kelantan. Pengisian ceramah beliau banyak kepada kerohanian murid dan motivasi dalam diri pelajar. Disamping itu, beliau berjaya menanamkan ke dalam diri pelajar tentang pengorbanan seorang ibu dan ayah.
Langgan:
Catatan (Atom)























