" />
Ahad, 11 Januari 2015
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia
Untuk makluman murid dan ibu bapa, Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015 sebanyak RM100 bagi murid SK Tok Randok akan diagihkan pada esok hari iaitu 12 Jan 2015. Ibu bapa atau wakil bersama anak masing masing bolehlah mengambil wang tersebut di kelas anak masing-masing pada Jam 12.00 tengahari esok.
Bermulanya Sesi Persekolahan 2015
Setelah lebih satu bulan bercuti sekolah, hari ini 11.1.2015 bermulalah sesi persekolahan bagi Tahun 2015. Warga kepimpinan dan pendidik SK Tok Randok mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada semua guru-guru dan murid-murid di seluruh Malaysia. Di SK Tok Randok, seramai 257 orang murid dan 25 orang guru telah memulakan persekolahan pada hari ini.
| Suasana di Kelas Tahun 1 |
| Menuju ke dewan untuk perhimpunan pagi |
| Gelagat murid pra yang pertama kali ke sekolah tidak mahu ditinggalkan ibunya |
| Kenapa sedih je dik.... |
| Murid berdiri tegak untuk menyanyikan lagu |
| Barisan warga pendidik SK Tok Randok 2015 |
| Guru Besar membacakan perutusan dari YAB Menteri Besar Terengganu |
| Memperkenalkan Cikgu baru iaitu Cg Kamariah dari SK Bukit Besi |
| Murid pra yang masih takut dengan suasana baru dipujuk oleh cikgunya |
| Bersedia untuk masuk ke kelas |
| Suasana di dalam kelas Tahun 1 |
| Guru besar membuat tinjauan ke dalam kelas |
| PK Hem turut melakukan tinjauan ke dalam kelas |
| Sedikit kata-kata disampaikan oleh Guru Besar |
Selasa, 6 Januari 2015
Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Sesi 2015
Pada 06.01.2015 (Selasa) bertempat di SK Tok Randok telah diadakan Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Sesi 2015 peringkat Dun Ajil yang disampaikan oleh YB Cikgu Ghazali Bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas, Merangkap ADUN Ajil. Seramai 1125 orang telah menerima bantuan ini. Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka.
| Ucapan dari Guru Besar Sk Tok Randok, En Marzilaini Bin Muhamad |
| Ucapan oleh YB Ghazali Bin Taib |
| Pemberian Voucher kepada Pengerusi JKKK untuk dibahagikan kepada penduduk kampung masing masing. |
Sabtu, 3 Januari 2015
Pengertian Maulidur Rasul
Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”
Khamis, 1 Januari 2015
Langgan:
Catatan (Atom)


