" />

Isnin, 13 April 2015

Tuan Rumah Program Latihan Guru Muda 1Malaysia (GM1M)

Program   :   Program Latihan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) dalam (VLE) Frog
                    Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Tarikh      :   09 April 2015 (Khamis)
Masa        :   7.30 pg - 5.30 ptg
Peserta     :  15 Buah sekolah di Hulu Terengganu melibatkan 2 orang guru
                   setiap sekolah
Tempat    :   SK Tok Randok
Penganjur:   KPM dengan kerjasama YTL Communications Sdn. Bhd
Fasilitator:   Dari YTL
En Hasmasuhaimi dari PPDHT memberi sedikit ucapan sebelum bengkel bermula

Penyerahan Sumbangan Banjir Kepada Guru & AKP yang terlibat Banjir

Bagi meringankan beban Guru dan AKP yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini, pihak JPNT telah memberi sedikit sumbangan untuk mereka. Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Guru Besar semasa perhimpunan sekolah.

Hebat Berpantun

SK Tok Randok telah menghantar 5 orang murid untuk menyertai Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah yang diadakan pada 8 dan 9 April 2015 di SMK Tun Indera. Dengan hasil usaha yang keras berlatih, SK Tok Randok telah berjaya mendapat tempat Kedua dalam pertandingan ini. Tahniah dan syabas... SKTR Boleh....

SK Tok Randok mendapat Tempat Ketiga Bersama dalam Pertandingan Bola Tampar KDSR 1 kategori perempuan. Perlawanan ini telah diadakan di SK Ajil baru-baru ini. Tahniah kepada semua ahli pasukan dan jurulatih yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan.

Rabu, 8 April 2015

Mesyuarat Guru & Kakitangan Bil.2/2015

Akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh   :  12 April 2015 (Ahad)
Masa     :  1.45 tengah hari
Tempat :  Bilik Mesyuarat SK Tok Randok

Semua Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, Pekerja Swasta & Pengawal Keselamatan dimestikan hadir.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 7 April 2015

Tilawah Al-Quran


Syabas!!! Adik Ahmad Thobib Bin Mohd Mardi mewakili SK Tok Randok telah mendapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1.

Ahad, 5 April 2015