" />

Selasa, 14 Julai 2015

Penutup Program Ihya Ramadhan

Tarikh    :  14.07.2015 (Selasa)
Masa     :   9.30 pg - 12.30 tengah hari
Tempat  :   Dewan SK Tok Randok
Majlis diacarakan oleh Cg Adnan
Ucapan Guru Besar

Pertandingan Nasyid Tahap 1
Hakim pertandingan sedang membuat penilaian

Pertandingan Berzanji Tahap 2
Juara Berzanji Tahap 2
Tadarus Al-Quran 
Dipimpin oleh Ustaz Saidi
Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim

Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan
Murid diberikan hadiah roti setiap seorang
Cenderahati untuk guru dan kakitangan

Isnin, 13 Julai 2015

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 2015

Akan diadakan sepertimana berikut :

Tarikh   :  14.07.2015 (Selasa)
Masa     :   9.30 pg
Tempat  :   Dewan SK Tok Randok

Semoga berada dalam makluman.

Program Ziarah Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, SK Tok Randok mengadakan Program Ziarah Ramadhan iaitu mengunjungi rumah murid yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Program ini disertai oleh semua guru SK Tok Randok dengan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru akan ke rumah murid yang terpilih ini untuk beramah mesra dan menyerahkan sedikit bantuan.
PK Hem menyerahkan sumbangan wang
kepada ibu Mohd Alif Najmi yang kematian ayah

Selasa, 7 Julai 2015

Makluman

Majlis Berbuka Puasa Guru & Semua Kakitangan SK Tok Randok akan diadakan seperti berikut :

Tarikh    :   08.07.2015 (Rabu)
Tempat  :   Kantin SK Tok Randok
Masa      :   6.30 ptg

Semua Guru dan Kakitangan sekolah dijemput hadir.

Majlis Perpisahan Cg Nur Iman

Pada 06.07.2015, jam 12.30 tghari telah diadakan Majlis Perpisahan Cikgu Nur Iman berikutan pada hari itu merupakan hari terkhir Cg Nur Iman berkhidmat di SK Tok Randok. Cg Nur Iman telah ditukarkan ke sekolah yang lebih dekat dengan rumah keluarga beliau iaitu di SK Padang Landak, Besut. Cg Nur Iman telah berkhidmat di SK Tok Randok selama 5 Tahun dan subjek utama dia mengajar adalah Muzik. Salam Perpisahan diucapkan dan Selamat Bertugas Di Tempat Baru Cg Nur Iman.
Ucapan dari Guru Besar
Cg Nur Iman kelihatan sedih untuk meninggalkan SK Tok Randok
Ucapan dari Cg Nur Iman
Adik Syaza meminta untuk mempersembahkan beberapa rangkap pantun
untuk Cg Nur Iman.
Hadiah kenangan dari Guru Besar untuk Cg Nur Iman
Menurut Cg Nur Iman Guru Besar banyak memberi motivasi kepadanya
sepanjang dia berada di sini.
Ucapan maaf dan perpisahan dari guru dan kakitangan wanita