" />

Khamis, 27 Mei 2010

Berakhirnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Selama seminggu, semua murid negeri Terengganu telah menjawab soalan peperiksaan OTI 2 2010. Diharapkan selepas ini, semua murid SKTR berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan sekolah. Selamat Berjaya kepada semua murid SKTR.

Ahad, 16 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah













Hari ini, seluruh negara meraikan sambutan hari guru. Di SKTR, sambutan yang diadakan amat meriah sekali pada tahun ini. Acara pada waktu pagi dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', 'Selamat Sultan' dan Lagur Sekolah. Kemudian pula diikuti dengan nyanyian lagu 'Guru Malaysia', lagu tema hari guru dan ikrar guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah explorace, timbang bola takraw, memasukkan bola jaring dan aktiviti dewan. Semua guru membuat undian untuk bertukar-tukar hadiah sesama mereka sendiri. Semoga sambutan hari guru pada tahun ini akan memberikan lagi inspirasi dan semangat kepada semua guru untuk mencurahkan ilmu kepada murid.

Rabu, 12 Mei 2010

Perkhemahan Badan Beruniform di Pulau Redang












Pada minggu lepas 6 Mei hingga 7 Mei 2010, satu perkhemahan badan beruniform SKTR telah diadakan dengan jayanya di Pulau Redang. Seramai 52 orang murid dan beberapa orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut di pusat Kokurikulum. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti snorkling, jungle tracking, tracking ke paya bakau, melihat secara langsung kapal terbang mendarat dan pelbagai lagi. Semua murid ini dapat pengetahuan baru dalam melakukan aktiviti air terutamanya snorkling.

Khamis, 29 April 2010

Berakhirnya Pertandingan Bola Baling Peringkat MSSDHT Bawah 12

Tamatlah sudah kejohanan bola baling peringkat daerah Hulu Terengganu. Seperti yang diramalkan, johan pada tahun ini jatuh kepada pasukan lelaki SK Kuala Ping yang berjaya menewaskan pasukan SKF Jerangau Barat dengan 7 gol berbalas 4. Manakala johan kategori perempuan ialah pasukan SK Pauh yang berjaya menewaskan pasukan SK Kuala Berang. Acara penutup penyampaian hadiah dirasmikan oleh wakil PPD iaitu En.Azman bin Mohd Nor.

Rabu, 28 April 2010

Kejohanan Bola Baling Peringkat MSSD Hulu Terengganu Hari Ke-2

Kejohanan bola baling diteruskan lagi pada hari kedua. Pada kali ini, pasukan yang bertanding adalah kategori perempuan bawah 12 tahun. Pasukan tuan rumah masih lagi tidak bernasib baik dan gagal layak ke perlawanan separuh akhir. Pasukan SKTR tewas 6 - 3 kepada SK Kuala Berang, seri 3 - 3 dengan SK Kuala Ping dan tewas 6 - 4 kepada pasukan SK Langgar. Perlawanan separuh akhir dan akhir perempuan bawah 12 tahun akan dilangsungkan pada pagi Khamis (29 April 2010) bersama-sama dengan pasukan perlawanan akhir kategori lelaki bawah 12 tahun.

Selasa, 27 April 2010

Kejohanan Bola Baling Peringkat MSSD Hulu Terengganu


PASUKAN TUAN RUMAH SK TOK RANDOK LELAKI B12






Kejohanan bola baling peringkat MSSD telah bermula dari 27 April hingga 29 April 2010. Pada tahun ini, SK Tok Randok telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan bola baling bawah 12 tahun. Pada hari ini, telah berlangsungnya perlawanan kategori lelaki bawah 12 tahun. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir adalah SKF Jerangau Barat menentang SK Kuala Ping yang akan dijalankan pada pagi Khamis (29 April 2010). Manakala tempat ketiga dan keempat jatuh kepada pasukan SK Telaga dan SK Peroh. Pasukan tuan rumah hanya bermain di peringkat kumpulan sahaja walau pun perlawanan yang diadakan amat sengit dengan kekalahan tipis.

Ahad, 25 April 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Baling Menentang SK Tapu

Pada hari ini, satu perlawanan persahabatan bola baling telah diadakan antara SK Tok Randok menentang SK Tapu. Perlawanan persahabatan ini adalah untuk mendedahkan murid sebelum kejohanan sebenar peringkat daerah bawah 12 tahun yang akan berlangsung di padang SK Tok Randok pada 27 April hingga 29 April 2010. Dalam perlawanan itu, pasukan lelaki SK Tok Randok berjaya menumpaskan pasukan SK Tapu 11 gol berbalas 2. Manakala pasukan perempuan sekadar seri 3 sama dengan SK Tapu.