" />
Jumaat, 23 Julai 2010
Kem Motivasi UPSR 2010
Seramai 39 pelajar tahun 6 telah menyertai Kem Motivasi UPSR bertempat di Mayang Sari Beach Resort, Dungun, Terengganu. Kem ini bermula pada hari Rabu, 21 Julai hingga hari Jumaat, 23 Julai 2010. Menurut penyelaras UPSR tahun ini, program ini dirancang sebagai satu usaha untuk memantapkan diri murid dari segi jasmani, rohani, emosi dan sahsiah pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam itu antaranya Ice-breaking, ceramah, sukaneka dan motivasi diri. Tuan guru besar, En. Alias bin Said juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan pelajar-pelajar ini dalam slot ceramah beliau di dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Beliau telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada seluruh warga SKTR yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Rabu, 9 Jun 2010
Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah keluar
Kepada semua guru dan murid SKTR, keputusan penuh peperiksaan pertengahan tahun sudah keluar. Sila layari laman web sekolah di http://sktokrandok.webs.com/
Khamis, 27 Mei 2010
Berakhirnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Selama seminggu, semua murid negeri Terengganu telah menjawab soalan peperiksaan OTI 2 2010. Diharapkan selepas ini, semua murid SKTR berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan sekolah. Selamat Berjaya kepada semua murid SKTR.
Ahad, 16 Mei 2010
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Hari ini, seluruh negara meraikan sambutan hari guru. Di SKTR, sambutan yang diadakan amat meriah sekali pada tahun ini. Acara pada waktu pagi dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', 'Selamat Sultan' dan Lagur Sekolah. Kemudian pula diikuti dengan nyanyian lagu 'Guru Malaysia', lagu tema hari guru dan ikrar guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah explorace, timbang bola takraw, memasukkan bola jaring dan aktiviti dewan. Semua guru membuat undian untuk bertukar-tukar hadiah sesama mereka sendiri. Semoga sambutan hari guru pada tahun ini akan memberikan lagi inspirasi dan semangat kepada semua guru untuk mencurahkan ilmu kepada murid.
Rabu, 12 Mei 2010
Perkhemahan Badan Beruniform di Pulau Redang
Pada minggu lepas 6 Mei hingga 7 Mei 2010, satu perkhemahan badan beruniform SKTR telah diadakan dengan jayanya di Pulau Redang. Seramai 52 orang murid dan beberapa orang guru telah menyertai perkhemahan tersebut di pusat Kokurikulum. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti snorkling, jungle tracking, tracking ke paya bakau, melihat secara langsung kapal terbang mendarat dan pelbagai lagi. Semua murid ini dapat pengetahuan baru dalam melakukan aktiviti air terutamanya snorkling.
Khamis, 29 April 2010
Berakhirnya Pertandingan Bola Baling Peringkat MSSDHT Bawah 12
Tamatlah sudah kejohanan bola baling peringkat daerah Hulu Terengganu. Seperti yang diramalkan, johan pada tahun ini jatuh kepada pasukan lelaki SK Kuala Ping yang berjaya menewaskan pasukan SKF Jerangau Barat dengan 7 gol berbalas 4. Manakala johan kategori perempuan ialah pasukan SK Pauh yang berjaya menewaskan pasukan SK Kuala Berang. Acara penutup penyampaian hadiah dirasmikan oleh wakil PPD iaitu En.Azman bin Mohd Nor.
Rabu, 28 April 2010
Kejohanan Bola Baling Peringkat MSSD Hulu Terengganu Hari Ke-2
Kejohanan bola baling diteruskan lagi pada hari kedua. Pada kali ini, pasukan yang bertanding adalah kategori perempuan bawah 12 tahun. Pasukan tuan rumah masih lagi tidak bernasib baik dan gagal layak ke perlawanan separuh akhir. Pasukan SKTR tewas 6 - 3 kepada SK Kuala Berang, seri 3 - 3 dengan SK Kuala Ping dan tewas 6 - 4 kepada pasukan SK Langgar. Perlawanan separuh akhir dan akhir perempuan bawah 12 tahun akan dilangsungkan pada pagi Khamis (29 April 2010) bersama-sama dengan pasukan perlawanan akhir kategori lelaki bawah 12 tahun.
Langgan:
Catatan (Atom)