" />

Rabu, 13 April 2011

PERTANDINGAN BOLA BALING B12 PERINGKAT DAERAH







Pada tahun ini, pasukan bola baling B12 lelaki & perempuan berjaya ke peringkat daerah yang telah berlangsung dengan jayanya di SK Menerong. Pertandingan ini berlangsung pada 12 hingga 13 April 2011. Pasukan lelaki berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut dengan saingan yg sengit dengan SKF Jerangau Barat. Manakala pasukan perempuan hanya menduduki tempat ketiga sahaja setelah tewas tipis di peringkat separuh akhir. Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan guru-guru SKTR

Ahad, 27 Februari 2011

KEJOHANAN BOLA JARING KDSR 1




Kejohanan yang telah berlangsung di SK. Bukit Gemuroh pada 23 & 24 Feb yang lalu. Tahniah! SKTR telah mendapat naib juara.

Ahad, 13 Februari 2011

Kejohanan Olahraga SKTR 2011 Hari 1



Kejohanan olahraga peringkat sekolah telah berlangsung pada hari ini 13 Feb hingga 16 Feb 2011. Olahraga ini bermula pada pukul 3.00 petang dan pada hari Rabu (16 Feb 2011) bermula pada pukul 8.00 pagi. Pada hari pertama, kejohanan yang berlangsung adalah acara padang iaitu lompat tinggi, lompat jauh, dan lontar peluru serta saringan 100m dan 200 m.
Di bawah ini beberapa gambar-gambar yang menarik pada hari pertama kejohanan:-


















Jumaat, 23 Julai 2010

Kem Motivasi UPSR 2010

Seramai 39 pelajar tahun 6 telah menyertai Kem Motivasi UPSR bertempat di Mayang Sari Beach Resort, Dungun, Terengganu. Kem ini bermula pada hari Rabu, 21 Julai hingga hari Jumaat, 23 Julai 2010. Menurut penyelaras UPSR tahun ini, program ini dirancang sebagai satu usaha untuk memantapkan diri murid dari segi jasmani, rohani, emosi dan sahsiah pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam itu antaranya Ice-breaking, ceramah, sukaneka dan motivasi diri. Tuan guru besar, En. Alias bin Said juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan pelajar-pelajar ini dalam slot ceramah beliau di dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Beliau telah merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih kepada seluruh warga SKTR yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Rabu, 9 Jun 2010

Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun sudah keluar

Kepada semua guru dan murid SKTR, keputusan penuh peperiksaan pertengahan tahun sudah keluar. Sila layari laman web sekolah di http://sktokrandok.webs.com/

Khamis, 27 Mei 2010

Berakhirnya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Selama seminggu, semua murid negeri Terengganu telah menjawab soalan peperiksaan OTI 2 2010. Diharapkan selepas ini, semua murid SKTR berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan membanggakan sekolah. Selamat Berjaya kepada semua murid SKTR.

Ahad, 16 Mei 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah













Hari ini, seluruh negara meraikan sambutan hari guru. Di SKTR, sambutan yang diadakan amat meriah sekali pada tahun ini. Acara pada waktu pagi dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', 'Selamat Sultan' dan Lagur Sekolah. Kemudian pula diikuti dengan nyanyian lagu 'Guru Malaysia', lagu tema hari guru dan ikrar guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'.Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah explorace, timbang bola takraw, memasukkan bola jaring dan aktiviti dewan. Semua guru membuat undian untuk bertukar-tukar hadiah sesama mereka sendiri. Semoga sambutan hari guru pada tahun ini akan memberikan lagi inspirasi dan semangat kepada semua guru untuk mencurahkan ilmu kepada murid.