" />

Ahad, 14 Ogos 2011

Ujian OTI 4

Pada minggu ini (14 Ogos - 18 Ogos 2011), semua murid di seluruh negeri Terengganu menghadapi ujian OTI 4 kecuali murid tahun 1. Diharap semua murid terutama sekali di SKTR sudah bersedia dan dapat menjawab soalan dengan baik. SELAMAT MENJAWAB

Isnin, 8 Ogos 2011

Program Tadarus Al-Quran Di Bulan Ramadhan









Program ini merupakan satu program tahunan SK Tok Randok di bawah Panitia Agama Islam. Semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 serta guru-guru akan bersama-sama membaca ayat-ayat suci Al-Quran selama 30 minit. Tadarus ini diadakan pada setiap hari persekolahan sepanjang bulan ramadhan dan masa program adalah pada waktu rehat murid-murid tersebut.

Ahad, 31 Julai 2011

Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa, keputusan individu bagi peperiksaan UPSR 2011 sudah dikeluarkan pada hari ini. Kepada semua guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid, bolehlah melihat keputusan mereka di bawah ini.

Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

Hadiah Peningkatan Akademik Pelajar UPSR









Pada perhimpunan pagi, pihak sekolah telah memberikan sedikit cenderahati kepada calon-calon UPSR yang berjaya mendapat 5A dan juga 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Pelajar-pelajar yang mendapat 5A seramai 6 orang iaitu Mohd Sabri, Wan Abd Muiz, Aisyah Mardhiah, Anis Farhana, Nurul Fathiah & Siti Najihah. Manakala pelajar yang mendapat 4A1B ialah seramai 4 orang iaitu Mohd Faris Hilmi, Mohd Khairul Safwan, Halimatun Saadiah & Nor Asma Syazwina. Cenderahati ini disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar iaitu Alias bin Said. Diharapkan agar dapat menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar lain agar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan di SK Tok Randok.

Khamis, 28 Julai 2011

Program Tunas Ilmu Hari Ketiga









Pada hari ketiga, aktiviti yang diadakan adalah sesi motivasi diri yang disampaikan oleh Ustaz Mahadi bin Awang daripada pegawai YADIM. Kesemua ceramah yang disampaikan oleh beliau amat menyentuh jiwa dan perasaan kesemua murid termasuk guru-guru yang mendengarnya. Kesan yang ditinggalkan amat mendalam sekali yang berjaya melembutkan hati sanubari sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Perasmian penutup pula disempurnakan sendiri oleh Guru Besar SK Tok Randok iaitu Alias bin Said. Ini kerana pegawai APMT yang sepatutnya merasmikan perasmian tersebut tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Guru Besar mengharapkan agar kesemua murid ini dapat manfaat yang sepenuhnya dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2011 nanti.

Rabu, 27 Julai 2011

Program Tunas Ilmu Hari Kedua









Pada hari kedua, semua murid tahun 6 telah mengikuti sesi kecemerlangan bagi subjek Matematik, BM Pemahaman dan Sains. Bagi subjek Matematik ini telah disampaikan oleh Cikgu Che Azmai bin Talib dan BM Pemahaman oleh Cikgu Nur Lianna. Manakala bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu Mohd Sabri bin Mat Hussin.
Pada sebelah petang pula, kesemua murid menyertai aktiviti riadah di pantai bagi merehatkan minda yang diketuai oleh Sir Rosmady Mohamed.

Selasa, 26 Julai 2011

Program Tunas Ilmu Hari Pertama











Hari ini bermulanya Program Tunas Ilmu bagi murid-murid tahun 6 SK Tok Randok. Perjalanan daripada sekolah ke Angullia Beach Resort di Marang, Terengganu. Aktiviti yang diadakan ialah Ice-Breaking yang dikendalikan oleh Sir Rosmady. Pada sebelah malam pula ialah Slot Bahasa Melayu Penulisan yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Yunos daripada SK Bukit Losong.