" />

Rabu, 29 Februari 2012

Penerimaan Pingat Olahraga MSSMDHT

Dua pelajar SKTR telah menaiki podium untuk penerimaan pingat dalam acara olahraga yang berlangsung di SMK Jenagor. Nur Ain Nadwa telah berjaya memenangi 2 pingat emas dalam acara 80m lari berpagar kategori P12 dan lompat tinggi P12. Manakala Nur Asyraf Danial telah berjaya memenangi 1 pingat emas dalam acara lompat jauh P12 dan 1 gangsa dalam acara 80m lari berpagar L12. Syabas diucapkan kepada murid SKTR!!


Pembukaan Akaun BSN Murid Tahun 1

Pegawai BSN telah datang ke sekolah untuk pembukaan akaun BSN bagi simpanan masa hadapan murid-murid tahun 1. Mereka amat riang dan gembira dengan adanya simpanan ini.



Isnin, 27 Februari 2012

Perbarisan Olahraga MSSMDHT Di SMK Jenagor

Acara perbarisan pada awalnya berjalan lancar tetapi ramai kontinjen yang mengambil bahagian terpaksa berbaris di dalam hujan yang turun dengan lebatnya.




Anggota Perasmian Perbarisan MSSMDHT 2012

Setiap tahun SKTR akan menghantar anggota perbarisan di kejohanan olahraga MSSMDHT di SMK Jenagor. Maskot anggota perbarisan pada tahun ini ialah 'Cheetah'. SKTR Boleh!!

Khamis, 23 Februari 2012

Majlis Penutup Minggu PPDa Peringkat Sekolah

Di SKTR telah diadakan satu ceramah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. Penceramah jemputan iaitu Encik Fauzi dari Agendi Dadah Daerah Hulu Terengganu yang telah menyampaikan ceramah beliau tentang penyalahgunaan dadah. Majlis penutup pula telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Abu Bakar (Penolong Pegawai PPDHT). Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang menang dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semoga tahun 2012 ini akan menjadi sekolah bebas dadah.






Selasa, 21 Februari 2012

Motivasi Pagi Pelajar UPSR Kali Pertama

Semua pelajar tahun 6 telah bersemuka dengan Guru Besar pada kali pertama di dalam memberikan satu motivasi khas untuk murid-murid UPSR. Motivasi pagi ini merupakan satu perangsang kepada murid-murid agar sentiasa berminat dan rajin untuk belajar.




Ahad, 19 Februari 2012

Taklimat SKK Kepada Guru Bil.2/2012

Taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan bagi mencari dan berkongsi maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan oleh guru-guru untuk diisikan ke dalam borang yang telah diberikan. Maklumat-maklumat ini akan dipersembahkan dalam bentuk 'PowerPoint' kepada pihak jabatan sebelum dipanjangkan ke pihak kementerian. Guru Besar berharap agar SKTR ini berjaya menempatkan diri di dalam pencalonan SKK ini.