" />

Isnin, 20 Januari 2014

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W kerana ia merupakan hari kelahiran Nabi yang jatuh pada Hari Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta. Oleh itu, bersempena dengan hari Maulidur Rasul yang telah jatuh pada 14 Januari 2014 baru baru ini, SK Tok Randok juga tidak ketinggalan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di sekolah. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah pada pagi hari Isnin (20.01.2014) dengan bacaan selawat Maulidur Rasul yang dipimpin oleh Ustaz Saidi. Semoga dengan adanya sambutan ini, ia dapat mendidik pelajar agar sentiasa mengingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Rabu, 1 Januari 2014

Sesi Bergambar tahun 2014

  sila klik gambar untuk melihat dengan paparan yang lebih jelas
 
 Barisan Guru Sk Tok Randok 2014

Kepimpinan Sekolah Bersama Pekerja Swasta

 Murid Pra

1 Intelek

2 Intelek

2 Bestari

3 Intelek

4 Intelek

 Murid 5 Intelek

 Murid 5 Bestari

 Murid 6 Intelek

Murid 6 Bestari

Suasana Di Hari Pertama Persekolahan 2014

Hari ini 1.1.2014 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2014. Dapat dilihat di wajah pelajar keceriaan dapat bertemu dengan rakan rakan seperjuangan dan semangat yang berkobar kobar untuk kembali belajar setelah lama bercuti. Kedatangan murid disambut seperti biasa dengan adanya Guru Besar dan beberapa orang guru menunggu di pintu pagar sekolah.



Ahad, 29 Disember 2013

Makluman Untuk Para Guru Sk Tok Randok

Mesyuarat Guru Bil 1 2014
Pada : 30.12.2013
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tok Randok


Makluman Lain

Pendaftaran Murid Pra, Murid Tahun 1 Dan Kembali Ke sekolah Untuk Murid Tahun 2 - 6 sesi 2014 akan diadakan pada 31.12.2013 (Selasa), jam 8.30 pagi dan bertempat di Sk Tok Randok.
Urusan berkaitan buku teks bagi semua murid juga diadakan pada tarikh seperti di atas di bilik Operasi SPBT SK Tok Randok. Untuk makluman juga, buku tulis dan lencana sekolah boleh dibeli di kedai operasi Sk Tok Randok
.

Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Selamat Tahun Baru 2014 dan Selamat Kembali Mengajar diucapkan kepada para guru SK Tok Randok
Keputusan Upsr 2013 : 9 orang pelajar Sk Tok Randok telah berjaya mendapat 5A. Tahniah kepada pelajar tersebut. Kepada pelajar lain yang tidak berjaya mendapat 5A, diharap jangan kecewa dan teruskan usaha anda sehingga berjaya. Tak lupa juga kepada guru guru mahupun bekas guru SK Tok Randok yang telah bertungkus lumus mendidik pelajar ini sehingga mereka berjaya, tahniah dan terima kasih diucapkan.
Ibu bapa kepada pelajar yang mendapat 5A

Sebahagian daripada guru guru yang memberi tunjuk ajar kepada mereka