" />
Rabu, 12 Februari 2014
Majlis Penyerahan eBOOK Tahun 5 2014
Ahad, 9 Februari 2014
Penyampaian Hadiah
Cikgu Azmai Bertukar
Hari ini merupakan hari terakhir berada di SK Tok Randok bagi Cikgu Che Azmai Bin Talib, kerana beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pendidkan Daerah Hulu Terengganu bagi mengalas tanggungjawab yang lebih besar di sana. Telah banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau berikan sepanjang beliau berkhidmat di SK Tok Randok iaitu selama 12 tahun, masa yang begitu panjang bagi seseorang guru berada di sesebuah sekolah. Sudah tentu dengan pemergian beliau itu, mamberikan sedikit impak kepada SK Tok Randok kerana beliau merupakan seorang guru pakar dalam Matematik. Namun begitu, yang pergi tetap pergi, kami warga SK Tok Randok akan meneruskan perjuangan kami untuk menaikkan lagi nama Sk Tok Randok agar menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Bersempena dengan pertukaran beliau itu, satu majlis perpisahan telah diadakan waktu perhimpunan pagi ini. Guru Besar mewakili semua guru dan kakitangan memberikan sedikit ucapan perpisahan kepada beliau dan memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang beliau berada di sini. Pemergian beliau diiringi oleh Guru Besar dan cikgu Penolong Kanan sehinngga ke pejabat baru beliau iaitu di PPDHT. Semoga Cikgu Azmai terus sukses walaupun di tempat baru. Salam Perpisahan dari kami semua....
Isnin, 3 Februari 2014
Pelajar Dapat RM100
Pada Hari Sabtu, 1 Feb 2014, berlangsungnya juga Pemberian Duit Bantuan Persekolahan 1 Malaysia. Ia diadakan selepas Mesyuarat Agung PIBG sekolah. Semoga dengan pemberian duit tersebut, ia dapat meringankan sedikit beban ibu bapa dalam membeli barangan keperluan sekolah anak-anak mereka.
Pihak BSN juga hadir untuk memudahkan ibu bapa yang ingin menyimpan wang anak mereka ke dalam bank.
Pihak BSN juga hadir untuk memudahkan ibu bapa yang ingin menyimpan wang anak mereka ke dalam bank.
MESYUARAT AGUNG PIBG
Pada hari Sabtu, 1 Feb 2014 telah diadakan mesyuarat agung PIBG kali ke 11, bertempat di dewan Sk Tok Randok. Mesyuarat agung ini adalah mesyuarat yang pertama diadakan pada tahun 2014. Ia dirasmikan oleh Yb En. Ghazali Bin Taib iaitu Exco Pendidikan Dan Tugas-tugas Khas, juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil. Antara isi kandungan mesyuarat ini adalah melantik semula Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tok Randok bagi Tahun 2014 dan penyerahan cek. Penyampaian hadiah bagi murid yang mendapat 5A UPSR 2013 juga turut diadakan. Ramai ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Beberapa cadangan dari ibu bapa juga telah diusulkan kepada pihak sekolah. Semoga dengan berakhirnya mesyuarat ini, ia dapat memberi kebaikan kepada pihak sekolah dan ibu bapa semua.
KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-8
Langgan:
Catatan (Atom)





