" />
Khamis, 3 Julai 2014
Pencapaian 100%
Pelancaran Program Ihya Ramadhan
Bersempena dengan bulan puasa ini, satu program telah diadakan iaitu Program Ihya Ramadhan di mana pada setiap hari seorang guru akan membaca 1 Juzuk al-Quran secara bergilir-gilir. Pelancaran program tersebut telah diadakan pada pagi ini yang dirasmikan oleh Guru Besar SK Tok Randok.
| Guru Besar menyerahkan senaskah Al-Quran kepada semua guru |
Rabu, 2 Julai 2014
Kunjungan Tuan Pegawai PPDHT
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai PPDHT iaitu Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin yang sudi berkunjung ke SK Tok Randok berikutan kejayaan SK Tok Randok mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tuan Pegawai PPDHT turut meluangkan masa bersama pelajar Tahun 6 memberikan motivasi dan kata kata semangat kepada mereka yang bakal menghadapi UPSR ini.
Isnin, 30 Jun 2014
Ahad, 29 Jun 2014
SK Tok Randok Terima Pengiktirafan SKK
Dengan rasminya, mulai pada hari ini SK Tok Randok dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tok Randok Sekolah Kluster Kecemerlangan. Ini berikutan pengiktirafan yang telah diberikan pada Majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8, disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Wan Khazanah Binti Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha(Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di Putrajaya, 26 Jun 2014. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SK Tok Randok di atas kejayaan ini.
Kem Kecemerlangan UPSR Dan Sahsiah Diri
Kem Kecemerlangan UPSR dan Sahsiah Diri telah berakhir dengan jayanya. Kem yang diadakan pada 25hb-27hb Jun 2014 bertempat di Anggulia Beach Resort, Marang ini disertai oleh 36 orang murid tahun 6 SK Tok Randok.
Langgan:
Catatan (Atom)









