" />

Selasa, 8 September 2015

Majlis Restu Ilmu : 07.09.2015

"Cikgu ampunkan kesalahan kami
Maafkan Keterbiadapan kami
Ikhlaskan Kekurang ajaran kami
Mohon RESTU dan HALALKAN ilmu
Yang cikgu-cikgu limpahkan kepada kami
Doakan kami mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR..."

Cg Norzie memberi restu kepada anaknya yang
bakal menghadapi UPSR

Isnin, 7 September 2015

Solat Hajat Perdana Di Masjid Hadhari

Tarikh   :  03.09.2015
Masa    :  7.00 mlm
Tempat :  Masjid Hadhari, Perumahan Tok Randok

Solat Hajat ini diadakan bagi memohon kepada Allah S.W.T kecemerlangan murid-murid SK Tok Randok yang akan menduduki UPSR pada 8-10 Sept 2015. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ADUN Ajil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Tugas-Tigas khas iaitu Y.B Ghazali Bin Taib.
Ucapan oleh Guru Besar
Ucapan oleh YB Ghazali Bin Taib

Khamis, 3 September 2015

Motivasi Tahun 6

Murid Tahun 6 diberikan motivasi oleh Guru Besar sebagai
persiapan untuk menghadapi UPSR yang tidak lama lagi.

Ahad, 30 Ogos 2015

Lawatan Ke Kemaman

Program Road To A' s adalah satu program untuk murid Tahun 6 yang dilaksanakan dari 23-27 Ogos 2015. Melalui program yang dirancang ini murid datang ke sekolah seperti biasa dan pada waktu petang hingga malam, mereka dipenuhi dengan aktiviti yang telah disusun rapi oleh pihak sekolah. Murid berada di sekolah bermula 7.30 pagi hingga 10.00 malam. Di hari terakhir program murid dibawa ke Kemaman untuk merehatkan fikiran. Antara tempat yang dikunjungi adalah Zoo Kemaman dan Mesra Mall.