" />

Isnin, 1 Februari 2016

BENGKEL MEMPERKASA MTP & RFP SKK 2016

Bengkel Memperkasa MTP & RFP SKK 2016 diadakan di SUMAI Hotel Apartment,Kuala Terengganu pada 29.01.2016 ( Jumaat ) dan 30.01.2016 ( Sabtu ).Bengkel ini diserikan lagi dengan kehadiran Encik Mat Lazim @ Mahasan Bin Noor Penyelia Kanan Pengurusan Projek Khas / Org Asli / Kluster.








Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon KDSR 1



Pada 28.01.2016 merupakan Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon KDSR 1 yang berlangsung di padang SK Tok Randok.Syabas dan tahniah kepada pemenang. Berikut merupakan keputusan pertandingan tersebut :

Bola Baling L12 
Johan : SK Ajil
Naib Johan : SK Bukit Perah
Ketiga : SK Pasir Tinggi dan SK Tok Randok

Bola Baling P12
Johan : SK Tanggol
Naib Johan : SK Ajil
Ketiga : SK Bukit Perah dan SK Tok Randok
 


Isnin, 25 Januari 2016

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Dan Pengawas SPBT

Tanggal 24.01.2016 ( Ahad ) berlangsung Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber Dan Pengawas SPBT yang dirasmikan oleh Sarjan Mohd Zaki Bin Mat Nawi merangkap PegawaiCawangan Mahkamah IPD Hulu Terengganu.Tahniah dan syabas kepada semua pengawas.Semoga semua pengawas dapat memikul amanah dengan penuh tanggungjawab.




























Selasa, 19 Januari 2016

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini 19.01.2016 ( Selasa ) untuk tahun 4,5 dan 6.Bagi tahun 1,2 dan 3 serta Prasekolah diadakan sukaneka.Tahniah dan syabas kepada pemenang merentas desa.Sebelum bermula acara merentas desa,semua warga SK Tok Randok memanaskan badan dengan bersenamrobik yang diketuai oleh Cik Norliza binti Ismail Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Daerah Hulu Terengganu.