" />

Selasa, 21 April 2015

Kem Membaca 1Malaysia

Tarikh    :  21 April 2015 - 23 April 2015
Masa      :  8.00 Pagi
Tempat  :  Dewan Terbuka SK Tok Randok
Dirasmikan Oleh :  En. Marzilaini Bin Muhamad (Guru Besar SK Tok Randok)
Anjuran  :  Pusat Sumber Sekolah SK Tok Randok

Program Kem Membaca 1Malaysia merupakan program Galakan Tabiat Membaca dan ia merupakan satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT). Program ini bertujuan membina dan mengukuhkan tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Tema       : Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia
Matlamat : Membina tabiat membaca dikalangan murid dan memupuk pembelajaran                      sepanjang hayat.
Objektif   :  - Memupuk dan menanam tabiat suka membaca
                  - Menggerakkan program/aktiviti galakan membaca
                  - Memupuk minat membaca secara berterusan (khasnya sewaktu cuti
                    sekolah dan juga sepanjang hayat)
Cg Roziah selaku Pengacara Majlis
8.00 pg : Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa oleh Ustaz Saidi
Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar
Gimik Perasmian
Guru Besar merasmikan Kem Membaca 1Malaysia diiringi oleh
semua Penolong Kanan

 "Dengarlah Ceritaku Sayang"
Murid terhibur mendengar cerita yang disampaikan oleh Guru Besar
 Persembahan Murid
Pidato
Bercerita Tahap 1
Bercerita Tahap 2
Public Speaking
YDSM SKTR Team
Menanti Jam 10.00 pagi untuk memulakan "Program 10 Minit Bersama Buku"
9.50 pagi : Penyerahan buku cerita kepada guru kelas
Guru kelas membahagikan buku cerita kepada murid kelas masing masing
10.00 pagi : "Program 10 minit Bersama Buku" Bermula

Renungan

Buku adalah :
Teman bicara yang tidak mendahuluimu
Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja
Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya
Teman kencan yang tidak menyanjungmu
Kawan yang tidak membosankan
Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan