" />
Memaparkan catatan dengan label Panitia Agama Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panitia Agama Islam. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Program Bacaan Yassin & Sembahyang Hajat Perdana



Seperti biasa, program sembahyang hajat dan bacaan yassin diadakan pada setiap tahun. Ianya sudah menjadi suatu program tahunan untuk pelajar-pelajar berjaya dalam peperiksaan UPSR. Namun, pada kali ini, Guru Besar yang baharu iaitu En. Marzilaini bin Muhammad (Cg Awang) telah bersama-sama dengan guru dan juga para pelajar dalam program ini. Pada kali ini, program sembahyang hajat tidak lagi dijalankan di surau sekolah tetapi bersama-sama dengan penduduk Kampung Tok Randok menjayakannya di Masjid Hadhari. Diharapkan pelajar-pelajar SKTR dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.

Selasa, 29 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul ini disambut diperingkat sekolah pada setiap tahun. Tema Maulidur Rasul Tahun 1434H yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Rasulullah SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.

Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

Di peringkat sekolah pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan sambil berselawat ke perumahan Tok Randok, kuiz, nasyid, marhaban, dan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rasyid bin Long.

Khamis, 6 September 2012

Sembahyang Hajat Perdana






Buat julung-julung kalinya, pihak sekolah telah berjaya mengadakan satu majlis sembahyang hajat perdana khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu depan. Kesemua ibu bapa daripada tahun 1 hingga 6 telah dijemput bagi memberkati majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran ibu bapa, guru-guru, PIBG dan juga wakil daripada PPDHT. Semoga majlis yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Sabtu, 21 April 2012

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam telah dijalankan kepada murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Kem ini adalah untuk mengajar dan juga memperbetulkan amalan-amalan solat yang dilakukan oleh murid-murid SKTR. Ini kerana amalan solat ini adalah suatu perkara yang wajib dijalankan oleh murid-murid dan juga manusia.