" />

Rabu, 13 Februari 2013

Jamuan Perpisahan Ustazah Nurhayuni




Satu majlis jamuan perpisahan diadakan di Green Acre Golf & Country Club, Kuala Ibai bagi meraikan pertukaran Ustazah Nurhayuni Kadir ke SK Lavender Height, Seremban, Negeri Sembilan. Sepanjang berada di SKTR, banyak sumbangan telah disumbangkan oleh beliau bagi membangunkan sahsiah pelajar ke arah yang lebih cemerlang. Semoga jasa-jasa dapat diingati sepanjang berada di SKTR. Teruskan perjuangan bagi kecemerlangan pelajar di sekolah baru nanti.

Khamis, 7 Februari 2013

Merentas Desa Peringkat Sekolah






Acara merentas desa diadakan pada tahun ini bagi murid-murid tahap 2 sahaja. Manakala murid-murid tahap satu memasuki acara sukaneka. Pada sebelah paginya telah diadakan satu senamrobik beramai-ramai guru dan pelajar yang diketuai oleh Cikgu Nor Rida.

Selasa, 5 Februari 2013

Bilangan Waktu Mengajar Mengikut Pekeliling


Apa pandangan semua warga pendidik berkenaan bilangan waktu mengajar mengikut pekeliling yang dikeluarkan ini? Adakah ianya betul-betul dilaksanakan di sekolah?

Selasa, 29 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul ini disambut diperingkat sekolah pada setiap tahun. Tema Maulidur Rasul Tahun 1434H yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Rasulullah SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.

Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

Di peringkat sekolah pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan sambil berselawat ke perumahan Tok Randok, kuiz, nasyid, marhaban, dan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rasyid bin Long.

Selasa, 22 Januari 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan


Majlis Perasmian Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi sesi 2013 telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Haji Wahid ADUN Ajil. Bantuan sebanyak RM100 diberikan kepada semua murid di seluruh Malaysia. Oleh itu, SK Tok Randok telah menjadi tuan rumah bersama-sama dengan SMK Ajil di dalam satu majlis penyerahan bantuan tersebut kepada semua pelajar.

Ahad, 20 Januari 2013

Watikah Pengawas Bagi Sesi 2013







Watikah ini telah dirasmikan oleh Inspektor Wan Samsul Kahar bin Wan Hassan, Pegawai Khas Cawangan IPPD Hulu Terengganu. Seramai 80 pelajar SKTR telah dilantik sebagai pengawas pada tahun ini iaitu, pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan yang terbaru pengawas SPBT.

Isnin, 19 November 2012

Keputusan UPSR - 6 Pelajar Dapat 5A


Tahniah diucapkan kepada 6 murid yang berjaya mendapat 5A daripada 51 calon dalam peperiksaan UPSR 2012. Pada tahun ini, keputusan UPSR di SK Tok Randok kurang memberangsangkan. Keputusan 4A 1B seramai 5 orang murid sahaja. Namun begitu, SKTR masih mengekalkan GPS di bawah 2.00 di mana gred GPS nya ialah 1.89. Antara 6 murid yang berjaya mendapat 5A ialah Syahirah Syamimi, Aisyah Adawiyah, Nurul Kautsar, Afiqah Nasharah, Nur Azlin dan Nurul Zeti Nabihah.