" />
Ahad, 8 September 2013
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Setiap tahun, sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah diadakan bagi mengingati perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan orang yang dahulu bagi mengecapi nikmat pada hari ini. SKTR sentiasa mengekalkan semangat patriotik dalam diri pelajar masing-masing. Ucapan daripada Guru Besar iaitu En.Marzilaini bin Muhammad juga memberi satu semangat cintakan negara ke dalam diri semua pelajar SKTR.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah seperti pertandingan basikal berhias, nyanyian lagu patriotik, dan sesi kuiz. Apa yang uniknya pada kali ini ialah guru dan semua pelajar menikmati jamuan buah-buahan tempatan yang dihidangkan oleh warga SKTR.
Khamis, 5 September 2013
Program Bacaan Yassin & Sembahyang Hajat Perdana
Seperti biasa, program sembahyang hajat dan bacaan yassin diadakan pada setiap tahun. Ianya sudah menjadi suatu program tahunan untuk pelajar-pelajar berjaya dalam peperiksaan UPSR. Namun, pada kali ini, Guru Besar yang baharu iaitu En. Marzilaini bin Muhammad (Cg Awang) telah bersama-sama dengan guru dan juga para pelajar dalam program ini. Pada kali ini, program sembahyang hajat tidak lagi dijalankan di surau sekolah tetapi bersama-sama dengan penduduk Kampung Tok Randok menjayakannya di Masjid Hadhari. Diharapkan pelajar-pelajar SKTR dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
Ahad, 25 Ogos 2013
Sambutan Kedatangan GB Baharu SKTR
Bersempana perpisahan dengan GB Cikgu Mohd bin Ismail ke SK Pangkalan Berangan, maka secara tak langsung warga SKTR menerima guru besar yang baharu iaitu Cikgu Marzilaini bin Muhamad (Cikgu Awang). Satu majlis sambutan secara kecil-kecilan diadakan bagi menyambut kedatangan beliau ke SKTR bagi menyambung kembali kesinambungan SKTR ke arah kecemerlangan pendidikan.
Kami warga SKTR mengalu-alukan kedatangan beliau ke SK Tok Randok.
Perpisahan GB Mohd bin Ismail
Satu majlis perpisahan GB SKTR iaitu Cikgu Mohd bin Ismail yang telah bertukar ke SK Pangkalan Berangan, Marang. Tarikh 25 Ogos 2013 merupakan adalah terakhir beliau berada di SKTR. Semua guru dan murid berasa terharu di atas pertukaran beliau yang merupakan seorang guru besar yang berdedikasi dan bertanggung jawab di dalam menjalankan tugas. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana berjaya menerajui SKTR ke mercu kecemerlangan dalam pendidikan walau pun hanya setahun setengah memacu SKTR. Selamat bertugas ke tempat yang baharu?
Khamis, 22 Ogos 2013
Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah
Majlis sambutan aidilfitri yang diadakan pada setiap tahun di SKTR. Antara aktiviti yang diadakan sempena aidilfitri tersebut ialah melukis & mewarna, nyanyian lagu raya, dan aktiviti menjamu selera dengan juadah kuih-kuih raya yang dibawa oleh guru-guru dan juga para pelajar.
Sambutan secara sederhana ini diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar.
Ahad, 11 Ogos 2013
Khamis, 1 Ogos 2013
Majlis Khatam Al-Quran
Dengan kerjasama daripada guru-guru panitia Pendidikan Islam, setiap tahun SKTR akan mengadakan satu majlis khatam al-Quran di bulan ramadhan yang mulia ini. Dalam majlis tersebut, pembahagian duit derma daripada warga SKTR kepada pelajar yang berstatus yatim dan juga pelajar yang susah. Ini adalah untuk mengurangkan beban mereka di dalam menyambut lembaran aildilfitri dengan memakai pakaian yang serba baharu. Diucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang memberi derma pada bulan yang mulia ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)

























