" />
Ahad, 27 Oktober 2013
Majlis Kalungan Budi
Satu majlis kalungan budi telah diadakan sempena meraikan pertukaran mantan Guru Besar iaitu Cikgu Mohd Bin Ismail, Cikgu Sameri Jusoh dan Pn Che Nor Roslina Bt Long. Cikgu Mohd Bin Ismail telah bertukar ke Sk Pengkalan Berangan manakala Cikgu Sameri dan Pn Che Nor Roslina pula bertukar ke Sk Kua. Majlis ini telah berlangsung pada 23hb Oktober 2013 bertempat di Prinzpark, TER Kuala Terengganu.
Ahad, 13 Oktober 2013
Ceramah Bimbingan Awal Remaja
Ceramah ini adalah untuk memberi dedahan awal kepada murid-murid tahun 6 tentang perkembangan fizikal dan mental diri dan cara menangani stress menghadapi alam remaja.
Ceramah ini juga membantu membimbing murid-murid mengetahui tentang kesan-kesan awal remaja yang akan mereka tempohi.
Khamis, 3 Oktober 2013
Lawatan Tahunan Pra Arrahman SKTR ke Kuala Terengganu
Lawatan Pra Sekolah Ar-Rahman yg menjadi agenda tahunan sekolah telah diadakan pada hari ini (3/ 10 / 2013) yang turut disertai oleh para ibu . Banyak tempat yang akan dikunjungi dalam lawatan sehari bersama guru-guru Pra Ar-Rahman ke Kuala Terengganu. Semoga dengan adanya lawatan ini dapat memberi impak yang besar kepada murid-murid dan ibubapa dalam mewujudkan suasana pembelajaran kepada murid. Jalinan kerjasama antara guru dan penjaga juga akan bertambah erat.
Ahad, 8 September 2013
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Setiap tahun, sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah diadakan bagi mengingati perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan orang yang dahulu bagi mengecapi nikmat pada hari ini. SKTR sentiasa mengekalkan semangat patriotik dalam diri pelajar masing-masing. Ucapan daripada Guru Besar iaitu En.Marzilaini bin Muhammad juga memberi satu semangat cintakan negara ke dalam diri semua pelajar SKTR.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah seperti pertandingan basikal berhias, nyanyian lagu patriotik, dan sesi kuiz. Apa yang uniknya pada kali ini ialah guru dan semua pelajar menikmati jamuan buah-buahan tempatan yang dihidangkan oleh warga SKTR.
Khamis, 5 September 2013
Program Bacaan Yassin & Sembahyang Hajat Perdana
Seperti biasa, program sembahyang hajat dan bacaan yassin diadakan pada setiap tahun. Ianya sudah menjadi suatu program tahunan untuk pelajar-pelajar berjaya dalam peperiksaan UPSR. Namun, pada kali ini, Guru Besar yang baharu iaitu En. Marzilaini bin Muhammad (Cg Awang) telah bersama-sama dengan guru dan juga para pelajar dalam program ini. Pada kali ini, program sembahyang hajat tidak lagi dijalankan di surau sekolah tetapi bersama-sama dengan penduduk Kampung Tok Randok menjayakannya di Masjid Hadhari. Diharapkan pelajar-pelajar SKTR dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
Ahad, 25 Ogos 2013
Sambutan Kedatangan GB Baharu SKTR
Bersempana perpisahan dengan GB Cikgu Mohd bin Ismail ke SK Pangkalan Berangan, maka secara tak langsung warga SKTR menerima guru besar yang baharu iaitu Cikgu Marzilaini bin Muhamad (Cikgu Awang). Satu majlis sambutan secara kecil-kecilan diadakan bagi menyambut kedatangan beliau ke SKTR bagi menyambung kembali kesinambungan SKTR ke arah kecemerlangan pendidikan.
Kami warga SKTR mengalu-alukan kedatangan beliau ke SK Tok Randok.
Perpisahan GB Mohd bin Ismail
Satu majlis perpisahan GB SKTR iaitu Cikgu Mohd bin Ismail yang telah bertukar ke SK Pangkalan Berangan, Marang. Tarikh 25 Ogos 2013 merupakan adalah terakhir beliau berada di SKTR. Semua guru dan murid berasa terharu di atas pertukaran beliau yang merupakan seorang guru besar yang berdedikasi dan bertanggung jawab di dalam menjalankan tugas. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana berjaya menerajui SKTR ke mercu kecemerlangan dalam pendidikan walau pun hanya setahun setengah memacu SKTR. Selamat bertugas ke tempat yang baharu?
Langgan:
Catatan (Atom)



















