" />

Isnin, 11 November 2013

SPELLING COMPETITION STATE LEVEL 2013

Bertempat di dewan SK Tok Randok telah  berlangsungnya SPELLING COMPETITION STATE LEVEL 2013 yang telah diadakan pada 7 nov 2013. Setiap daerah menghantar 4 buah sekolah di daerah masing masing bagi menyertai pertandingan di peringkat negeri  ini. Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh daerah Kuala Terengganu, Naib Johan pula disandang daerah Dungun manakala daerah Hulu Terengganu mendapat tempat ketiga. 

Khamis, 7 November 2013

Kunjungan Istimewa dari Malaysian Easyrider Comunity

4hb Nov 2013 menjadi hari istimewa buat pelajar  SK Tok Randok kerana telah dikunjungi oleh pasukan Malaysian Easyrider Comunity bersempena dengan Program Bestari Gemilang SK Tok Randok. Kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dan dikir barat  yang dipersembahkan oleh pelajar SK Tok Randok. Turut diadakan ialah persembahan muzik yang didendangkan di kantin sambil mereka menjamu selera. Acara senamrobik terlebih dahulu diadakan sementara menunggu ketibaan mereka.

Ahad, 27 Oktober 2013

Majlis Kalungan Budi

Satu majlis kalungan budi telah diadakan sempena meraikan pertukaran mantan Guru Besar iaitu Cikgu Mohd Bin Ismail, Cikgu Sameri Jusoh dan  Pn Che Nor Roslina Bt Long. Cikgu Mohd Bin Ismail telah bertukar ke Sk Pengkalan Berangan manakala Cikgu Sameri dan Pn Che Nor Roslina pula bertukar ke Sk Kua. Majlis ini telah berlangsung pada 23hb Oktober 2013 bertempat di Prinzpark, TER Kuala Terengganu.

Ahad, 13 Oktober 2013

Ceramah Bimbingan Awal Remaja


Ceramah Bimbing Awal Remaja telah disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah diadakan dengan jayanya di SKTR. Menyasarkan murid-murid tahun 6 bagi memenuhi program pasca UPSR.

Ceramah ini adalah untuk memberi dedahan awal kepada murid-murid tahun 6 tentang perkembangan fizikal dan mental diri dan cara menangani stress menghadapi alam remaja.

Ceramah ini juga membantu membimbing murid-murid mengetahui tentang kesan-kesan awal remaja yang akan mereka tempohi.



Khamis, 3 Oktober 2013

Lawatan Tahunan Pra Arrahman SKTR ke Kuala Terengganu

Lawatan Pra Sekolah Ar-Rahman yg menjadi agenda tahunan sekolah telah diadakan pada hari ini (3/ 10 / 2013) yang turut disertai oleh para ibu . Banyak tempat yang akan dikunjungi dalam lawatan sehari bersama guru-guru Pra Ar-Rahman ke Kuala Terengganu. Semoga dengan adanya lawatan ini dapat memberi impak yang besar kepada murid-murid dan ibubapa dalam mewujudkan suasana pembelajaran kepada murid. Jalinan kerjasama antara  guru dan penjaga juga akan bertambah erat.

Ahad, 8 September 2013

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah




Setiap tahun, sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah diadakan bagi mengingati perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan orang yang dahulu bagi mengecapi nikmat pada hari ini. SKTR sentiasa mengekalkan semangat patriotik dalam diri pelajar masing-masing. Ucapan daripada Guru Besar iaitu En.Marzilaini bin Muhammad juga memberi satu semangat cintakan negara ke dalam diri semua pelajar SKTR.
Pelbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah seperti pertandingan basikal berhias, nyanyian lagu patriotik, dan sesi kuiz. Apa yang uniknya pada kali ini ialah guru dan semua pelajar menikmati jamuan buah-buahan tempatan yang dihidangkan oleh warga SKTR.

Khamis, 5 September 2013

Program Bacaan Yassin & Sembahyang Hajat Perdana



Seperti biasa, program sembahyang hajat dan bacaan yassin diadakan pada setiap tahun. Ianya sudah menjadi suatu program tahunan untuk pelajar-pelajar berjaya dalam peperiksaan UPSR. Namun, pada kali ini, Guru Besar yang baharu iaitu En. Marzilaini bin Muhammad (Cg Awang) telah bersama-sama dengan guru dan juga para pelajar dalam program ini. Pada kali ini, program sembahyang hajat tidak lagi dijalankan di surau sekolah tetapi bersama-sama dengan penduduk Kampung Tok Randok menjayakannya di Masjid Hadhari. Diharapkan pelajar-pelajar SKTR dapat menjawab soalan dengan tenang dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti.