" />
Selasa, 29 Januari 2013
Sambutan Maulidur Rasul
Sambutan Maulidur Rasul ini disambut diperingkat sekolah pada setiap tahun. Tema Maulidur Rasul Tahun 1434H yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Rasulullah SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.
Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.
Di peringkat sekolah pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan sambil berselawat ke perumahan Tok Randok, kuiz, nasyid, marhaban, dan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rasyid bin Long.
Selasa, 22 Januari 2013
Bantuan Khas Awal Persekolahan
Majlis Perasmian Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi sesi 2013 telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Haji Wahid ADUN Ajil. Bantuan sebanyak RM100 diberikan kepada semua murid di seluruh Malaysia. Oleh itu, SK Tok Randok telah menjadi tuan rumah bersama-sama dengan SMK Ajil di dalam satu majlis penyerahan bantuan tersebut kepada semua pelajar.
Ahad, 20 Januari 2013
Watikah Pengawas Bagi Sesi 2013
Isnin, 19 November 2012
Keputusan UPSR - 6 Pelajar Dapat 5A
Tahniah diucapkan kepada 6 murid yang berjaya mendapat 5A daripada 51 calon dalam peperiksaan UPSR 2012. Pada tahun ini, keputusan UPSR di SK Tok Randok kurang memberangsangkan. Keputusan 4A 1B seramai 5 orang murid sahaja. Namun begitu, SKTR masih mengekalkan GPS di bawah 2.00 di mana gred GPS nya ialah 1.89. Antara 6 murid yang berjaya mendapat 5A ialah Syahirah Syamimi, Aisyah Adawiyah, Nurul Kautsar, Afiqah Nasharah, Nur Azlin dan Nurul Zeti Nabihah.
Khamis, 27 September 2012
Karnival 1 Murid 1 Sukan - Bola Baling
SKTR sekali menjadi tumpuan sebagai tuan rumah karnival bola baling peringkat daerah bawah lelaki dan perempuan sebelas tahun. Karnival ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 September 2012. Banyak sekolah-sekolah daripada daerah Hulu Terengganu ini menghantar wakil-wakil mereka menyertai karnival ini. Pasukan tuan rumah juga menghantar wakil L11 dan P11 namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana terkandas pada peringkat kumpulan. Namun, pasukan bola baling SKTR akan bangkit semula pada kejohanan L12 dan P12 pada tahun hadapan.
Pertandingan Koir Peringkat Daerah
Bertempat di SMK Bukit Diman, pasukan koir Pra Ar Rahman SKTR telah berjaya menjadi johan pertandingan koir peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada Guru Pra, Pn. Norzie Yanti yang berjaya memartabatkan pra di SKTR. Diharapkan kejayaan ini akan berterusan pada pertandingan yang akan datang. Tahniah sekali lagi daripada pihak sekolah terhadap orang perseorangan yang terlibat dengan kejayaan ini.
Ujian Penilaian Kompetensi Doktor Muda
Seramai 15 murid daripada ahli Kelab Doktor Muda SKTR telah menjalani satu ujian yang dinamakan Ujian Penilaian Kompetensi Doktor Muda. Ujian yang diadakan selama 1 jam ini adalah untuk menguji tahap pengetahuan ilmu yang telah mereka pelajari di dalam Kelab Doktor Muda ini. Ujian ini adalah pertama kali diadakan di SKTR untuk murid-murid yang menjadi ahli Kelab Doktor Muda.
Langgan:
Catatan (Atom)


















