" />

Selasa, 30 Mac 2010

Olahraga Daerah Hulu Terengganu

Kejohanan olahraga daerah Hulu Terengganu telah bermula sejak semalam iaitu dari 29 Mac 2010 hingga 1 April 2010. SMK Jenagor merupakan tuan rumah tetap bagi kejohanan olahraga daerah yang diadakan pada setiap tahun. SKTR telah menghantar atlit-atlit mereka bagi mewakili sekolah ke kejohanan tersebut. Antara atlit-atlit SKTR ialah Mohd Salihin, Wan Mohd Hafiz, Mohd Arash, Isma Daniel, Nur Syazwani, Fazlin, Syazwani Shafika, Safiyah, Nur Afifah, Nur Ain Nadwa, Muslim, dan Nur Atikah. Upacara majlis perasmian telah diadakan pada hari semalam (29 Mac 2010) dan disempurnakan oleh YB Tn Mohd Zawawi bin Ismail ADUN Kuala Berang.

Sabtu, 27 Mac 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ketujuh


PIBG SK Tok Randok pagi tadi telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya buat kali ketujuh. Masyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid yang merupakan ADUN Kawasan Ajil, Hulu Terengganu. Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah didedahkan dengan pelbagai info terkini yang disampaikan oleh En. Alias bin Said Guru Besar SK Tok Randok, YDP PIBG sebelum ucapan perasmian oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid. Pihak sekolah juga menjemput bekas pelajar cemerlang SKTR sesi 2009 untuk menerima saguhati daripada pihak sekolah.