" />

Rabu, 31 Disember 2014

Sekitar Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 1/2015

Tarikh   :   31.12.2014
Masa     :   10.30 pg
Tempat  :   Bilik Mesyuarat SK Tok Randok
Mesyuarat turut dihadiri Pegawai SISC+(Bahasa Inggeris) PPDHT

Sekitar Hari Pendaftaran Murid Tahun 1-6 Sesi 2015

Tarikh   :   31.12.2015 (Rabu)
Waktu   :   8.30pg-10.30pg
Ucapan Guru Besar kepada Ibu Bapa Murid Tahun 1
Taklimat Tahun 1 dari Guru Kelas Tahun 1 iaitu Cg Siti Kembang Bt Salleh
Ibu Bapa membeli keperluan sekolah di Koperasi Sekolah
Ibu Murid membeli buku tulis di hari pendaftaran
Bilik BOSS (SPBT) turut menjalankan operasinya
Penyelaras SPBT iaitu Ustaz Saidi
Pendaftaran Murid di Kelas 4 Intelek 

Sabtu, 20 Disember 2014

Meningkatkan Kesedaran Murid Terhadap Kepentingan dan Keperluan Kemahiran Matematik

Bagi meningkatkan kesedaran  murid terhadap kepentingan dan keperluan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian, selain mendedahkan kepada murid-murid tentang teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan awal mereka untuk menghadapi UPSR Tahun 2015, satu program telah dirangka oleh pihak sekolah dan akan diadakan sebagaimana berikut :

          Tajuk       :    Kem Matematik Tahun 5
          Tarikh     :     22.12.2014-24.12.2014 
          Tempat    :    SK Tok Randok
          Peserta    :    50 orang murid Tahun 5


Tarikh pada jadual telah diubah kepada 22-24.12.2014.
Waktu dan aturcara program tidak berubah.




Jumaat, 19 Disember 2014

Perhatian Kepada Semua Guru & Kakitangan Sekolah

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Semua Guru & Kakitangan Sekolah Bil 1/2015
akan diadakan sepertimana berikut :

                Tarikh   :   31/12/2014
                Masa     :   10.00 pagi
                Tempat :   Bilik Mesyuarat SK Tok Randok

Harap Maklum...

Khamis, 18 Disember 2014

Pendaftaran Murid Tahun 1-6 Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2015

Pendaftaran akan diadakan sebagaimana berikut :

             Tarikh    :    31 Disember 2014 (Rabu)
             Masa      :    8.30 pagi
             Tempat  :    SK Tok Randok

Untuk makluman juga, buku tulis dan segala peralatan sekolah yang lain boleh dibeli di kedai koperasi sekolah pada hari berkenaan.

Rabu, 17 Disember 2014

Semakan Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu

1
SEMAK UJIAN BERTULIS
1
SALINAN PERMOHONAN
PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI
TERENGGANU TELAH DITUTUP.
SEMAKAN UJIAN BERTULIS PADA 15 DISEMBER 2014
UJIAN BERTULIS AKAN DIADAKAN PADA 18 DISEMBER 2014
SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE SMANT PADA
25 DISEMBER 2014
PENDAFTARAN MASUK KE SEKOLAH PADA 1 JANUARI 2015


Isnin, 15 Disember 2014

Sesi Persekolahan Tahun 2015

Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan Tahun 2015 bagi seluruh Negeri Terengganu akan bermula pada 5 Januari 2015 iaitu hari Isnin. Ini kerana pada 4 Januari 2014(Ahad) merupakan Hari Kelepasan Am Negeri sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada 3 Januari 2014 iaitu hari Sabtu.

Isnin, 1 Disember 2014

Tahniah Prasekolah ArRahman SK Tok Randok

Satu majlis penyampaian hadiah sempena Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014, anjuran Yayasan Islam Terengganu telah diadakan pada 01 Disember 2014 bertempat di Tingkat 4, Menara Yayasan Islam. Prasekolah SK Tok Randok telah memenangi Johan Kategori Dapur, Tempat Ketiga Kategori Luar Kelas dan Tempat Ketiga Kategori Keseluruhan.

Mesyuarat Anggota Khidmat Pelaksana & Pekerja Swasta Kali Ke 3/2014

Tarikh   : 30 November 2014
Masa    : 10.00 pg
Tempat : Prasekolah
Agenda : Ucapan Pengerusi
               Perkara Berbangkit
               Hal- hal lain

Khamis, 27 November 2014

Pengumuman Keputusan UPSR 2014

Tarikh  :  26.11.2014 (Rabu)
Tempat : Dewan SK Tok Randok
Pada tahun ini, seramai 3 orang murid SK Tok Randok telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Mereka adalah adik Nurhanani, Umie Balqis dan Nur Ain Atikah. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya jangan berputus asa, teruskanlah usaha anda sehingga ke tangga kejayaan.
Membuat analisa sebelum mengumumkan keputusan UPSR
Ucapan Guru Besar
Murid dan ibu bapa berdebar menunggu keputusan UPSR
Antara ibu bapa yang hadir
Guru melihat keputusan UPSR yang diperolehi anak murid mereka
Keputusan UPSR diumumkan oleh PK1 
Adik Nur Ain Atikah (5A)
Adik Nurhanani (5A)
Adik Umie Balqis Bt Azmin (5A)
5A UPSR 2014 SK Tok Randok (3 orang)
Selamat menempuh alam persekolahan yang baru tahun hadapan
Terima Kasih Cikgu
Borang permohonan untuk ke sekolah berasrama turut diedarkan kepada ibu bapa

Rabu, 26 November 2014

Nasihat cuti sekolah

SEKARANG musim cuti sekolah. Anak remaja pasti gembira selepas penat belajar, tiba musim merehatkan minda. Kepada yang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, lebih bermakna meraikan cuti.

Sesetengah ibu bapa mungkin sudah atau sedang merancang untuk memanfaatkan cuti yang panjang. Semoga perancangan digarap terbaik untuk anak-anak. Sebab anak aset paling berharga untuk keluarga, agama dan negara.

Manusia memang perlu didisiplinkan dengan sistem. Islam sendiri adalah satu sistem. Solat ialah satu sistem, puasa, zakat ada sistem tersendiri, apa lagi ibadat haji. Dengan amalan Islam, hidup kita lebih bersistematik.

Pada musim cuti sekolah ini, cuti cuti juga tetapi jangan sampai lupa sistem. Jika ketika bersekolah kita kena bangun awal sebab mahu ke sekolah. Dengan adanya sistem solat, walaupun musim cuti sekolah tetap kena bangun awal.

Janganlah mentang-mentang tidak bersekolah, solat Subuh menjadi Subuh gajah. Yang ini ibu bapa kena pastikan anak-anak bangun bersolat Subuh.

Begitu juga pelajar perempuan, mereka ke sekolah pakai tudung. Tutup aurat bukan kerana disiplin sekolah atau untuk kelihatan cantik menawan atau bersopan atau sebab orang lain memakainya tetapi mereka melakukan demikian disebabkan perintah Allah.

Begitu juga dengan waktu, jangan buang masa, sebab masa adalah kehidupan. Sebenarnya walaupun kita ada masa cuti dan berehat perlu diingat syaitan dan iblis serta konco-konconya tidak pernah berehat atau cuti. Makhluk ini tidak tidur malam, malah misinya tidak akan berhenti sehingga manusia tergoda dengan pujukannya.

Syaitan dari awal lagi mengisytiharkan perang dengan anak Adam untuk menyesatkannya selagi nyawa masih di badan.

Cuti, cuti juga tetapi jangan sampai solat pun bercuti, tutup aurat cuti dan al-Quran pun cuti. Sebenarnya Allah memerintahkan kita mentaati-Nya supaya kita hidup bersistem dan Allah hendak menjanjikan syurga kepada kita.

Syaitan yang tidak pernah cuti itu akan terus menggoda kita supaya sama-sama menemaninya di neraka dan supaya kita hidup tidak berdisiplin.

Apabila tidak mengikuti Islam kita tidak berdisiplin. Apabila tidak berdisiplin akan menjadi seperti Mat Rempit, bukan saja tidak berdisiplin di jalan raya, malah kadangkala mencabar undang-undang, menagih dadah dan apabila sudah tidak takut Tuhan, membujur lalu melintang patah..


Kepada ibu bapa, cuti-cuti juga, program pembangunan iman untuk anak-anak mesti masuk dalam agenda. Bawa anak-anak remaja mengerjakan solat berjemaah di masjid.

Ajak mereka bersama mendengar kuliah yang tidak pernah lekang diadakan di masjid, malah mengaji al-Quran bersama sama ada pada awal pagi atau petang.

Hadiahlah mereka dengan buku-buku dan cerita bermanfaat. Hantar mereka ke kem motivasi untuk peningkatan sahsiah (peribadi), ajak menziarahi rumah anak yatim supaya timbul keinsafan, bawa mereka menziarahi sanak saudara untuk meningkatkan ukhuwah dan filem yang menginsafkan ditonton bersama.

Bagi masjid, rancanglah program yang efektif kepada masyarakat. Wang derma yang dihulurkan jemaah jangan hanya disimpan untuk pembelian cat dan pengindahan masjid semata-mata, tetapi sebaliknya pulangkan wang terbabit kepada jemaah dalam bentuk program dan pembangunan pendidikan.

Melalui program sebegini barulah jemaah berasa berbaloi dan akan menderma lagi, sesuai dengan hasrat negara membangunkan modal insan.

Cuti-cuti juga, beribadat jangan berhenti, taat jangan berkurang, kerja diteruskan, sebab di dunia tempat mencari bekalan. Bercuti dan berehat sebenarnya di syurga yang abadi. Selamat bercuti!

Sumber : www.hmetro.com.my

Sekian,

Selasa, 25 November 2014

Sertai Liga Bola Baling Peringkat Kebangsaan

Buat pertama kalinya, SK Tok Randok menghantar pasukan Bola Baling Sekolah untuk bertanding di peringkat Kebangsaan iaitu Kejohanan Liga Bola Baling Bawah 11 Tahun Kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Baling Negeri Perlis. Kejohanan ini diadakan selama 4 hari iaitu bermula 20.11.2014-23.11.2014. Walaupun tidak meraih kemenangan, dengan menyertai kejohanan ini ia dapat memberi pendedahan yang amat besar kepada pasukan Bola Baling SK Tok Randok, SKK Kebitaraan Bola Baling dan Matematik.
Persiapan sebelum bertolak ke Negeri Perlis
Selamat tiba di Negeri Perlis
Menginap di Asrama UniMAP
Hari Pertama Kejohanan
Makan malam bersama Cg Wan Mahadi dari Unit Ko PPDHT dan wakil
Unit KO PPD Dungun
Hari Kedua Kejohanan
Jaringan dan Jalinan Dengan SRK Seri Indera, Perlis (SBT)
Hari Ketiga Kejohanan
Bertolak balik
Singgah di Padang Besar