" />

Khamis, 29 April 2010

Berakhirnya Pertandingan Bola Baling Peringkat MSSDHT Bawah 12

Tamatlah sudah kejohanan bola baling peringkat daerah Hulu Terengganu. Seperti yang diramalkan, johan pada tahun ini jatuh kepada pasukan lelaki SK Kuala Ping yang berjaya menewaskan pasukan SKF Jerangau Barat dengan 7 gol berbalas 4. Manakala johan kategori perempuan ialah pasukan SK Pauh yang berjaya menewaskan pasukan SK Kuala Berang. Acara penutup penyampaian hadiah dirasmikan oleh wakil PPD iaitu En.Azman bin Mohd Nor.

Rabu, 28 April 2010

Kejohanan Bola Baling Peringkat MSSD Hulu Terengganu Hari Ke-2

Kejohanan bola baling diteruskan lagi pada hari kedua. Pada kali ini, pasukan yang bertanding adalah kategori perempuan bawah 12 tahun. Pasukan tuan rumah masih lagi tidak bernasib baik dan gagal layak ke perlawanan separuh akhir. Pasukan SKTR tewas 6 - 3 kepada SK Kuala Berang, seri 3 - 3 dengan SK Kuala Ping dan tewas 6 - 4 kepada pasukan SK Langgar. Perlawanan separuh akhir dan akhir perempuan bawah 12 tahun akan dilangsungkan pada pagi Khamis (29 April 2010) bersama-sama dengan pasukan perlawanan akhir kategori lelaki bawah 12 tahun.

Selasa, 27 April 2010

Kejohanan Bola Baling Peringkat MSSD Hulu Terengganu


PASUKAN TUAN RUMAH SK TOK RANDOK LELAKI B12






Kejohanan bola baling peringkat MSSD telah bermula dari 27 April hingga 29 April 2010. Pada tahun ini, SK Tok Randok telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan bola baling bawah 12 tahun. Pada hari ini, telah berlangsungnya perlawanan kategori lelaki bawah 12 tahun. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir adalah SKF Jerangau Barat menentang SK Kuala Ping yang akan dijalankan pada pagi Khamis (29 April 2010). Manakala tempat ketiga dan keempat jatuh kepada pasukan SK Telaga dan SK Peroh. Pasukan tuan rumah hanya bermain di peringkat kumpulan sahaja walau pun perlawanan yang diadakan amat sengit dengan kekalahan tipis.

Ahad, 25 April 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Baling Menentang SK Tapu

Pada hari ini, satu perlawanan persahabatan bola baling telah diadakan antara SK Tok Randok menentang SK Tapu. Perlawanan persahabatan ini adalah untuk mendedahkan murid sebelum kejohanan sebenar peringkat daerah bawah 12 tahun yang akan berlangsung di padang SK Tok Randok pada 27 April hingga 29 April 2010. Dalam perlawanan itu, pasukan lelaki SK Tok Randok berjaya menumpaskan pasukan SK Tapu 11 gol berbalas 2. Manakala pasukan perempuan sekadar seri 3 sama dengan SK Tapu.

Sabtu, 24 April 2010

Hari Persekolahan

Hari ini merupakan hari persekolahan iaitu cuti berganti pada 13 Sept 2010. Semua murid dan guru hadir ke sekolah dan jadual ganti adalah jadual pada hari Isnin.

Rabu, 14 April 2010

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Zon KSDR 1

Satu pertandingan majlis tilawah al-Quran telah berlangsung pada Selasa (13 April 2010) bertempat di SK Pasir Tinggi. Antara acara yang dipertandingkan adalah tilawah al-Quran, hafazan dan bercerita. Wakil-wakil daripada SK Tok Randok iaitu Wan Mohd Hafiz telah berjaya memenangi tempat kedua pertandingan bercerita. Manakala Aisyah Mardhiah memenangi tampat ketiga pertandingan tilawah al-Quran.

Lawatan Pegawai TSS Kali Ke-4

Satu lawatan pegawai TM Smart School yang bernama En. Abdul Aa'ala telah datang ke SKTR untuk kali yang keempat. Kehadiran Encik Aa'ala adalah untuk memantau program sekolah bestari yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Dalam pada itu juga, kami juga telah menemuduga seorang juruteknik komputer untuk diserapkan oleh TSS ke SK Tok Randok. Kehadiran pegawai berkenaan pada kali ini juga adalah untuk membentangkan 'Change Management Module" di mana pelbagai aktiviti bestari terdapat dalam modul tersebut. Di samping itu, En. A'ala juga mengumumkan bahawa satu pertandingan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan interactive white board antara sekolah-sekolah bestari luar bandar juga turut diadakan.

Jumaat, 2 April 2010

Berakhirnya Kejohanan Olahraga MSSDHT

Semalam telah berakhir kejohanan olahraga MSSDHT kali ke-47. Majlis penutup telah dirasmikan oleh pegawai PPDHT En. Shafruddin bin Hj Ali Hussin. Apa yang menyedihkan pada tahun ini adalah kegagalan para atlit SKTR untuk membawa pulang pingat yang diidam-idamkan. Namun begitu, para atlit yang masih lagi berada di SKTR perlu berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun depan untuk memenangi pingat. Mereka ini sebenarnya berbakat dalam sukan yang disertainya. Ucapan tahnian kepada semua atlit yang telah mewakili sekolah bagi menyertai kejohanan olahraga ini.