" />

Rabu, 28 Januari 2015

Pengujian (Stress Test Aplikasi HRMIS 2.0)

Tarikh    :  27 Jan 2015 (Selasa)
Masa      :  3.00-4.00 ptg
Tempat   :  Bilik Mesyuarat

Selasa, 27 Januari 2015

Majlis Terlerai Kasih Bertaut Sayang

Majlis diacarakan oleh Cg Roziah
Ucapan dari Guru Besar SK Tok Randok
Ucapan dari Cg Azmi yang diraikan berikutan pertukaran beliau
Ucapan dari Cg Norliza yang juga diraikan
Penyampaian Cenderahati

Isnin, 26 Januari 2015

Memperkenalkan Ketua & Penolong Pengawas 2015

Adik Abdul Azhim Bin Awang dari Kelas 6 Intelek dilantik sebagai Ketua Pengawas 2015, manakala adik Syaza Liana dari Kelas 5 Intelek dilantik menjadi Penolong Pengawas. Tahniah di atas pelantikan anda. Semoga anda dapat menjadi contoh dan ikutan yang baik kepada pelajar lain.

Ahad, 25 Januari 2015

Tempat Ketiga Merentas Desa Peringkat Daerah

Pada 24.01.2015, telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah yang diadakan di SMK Menerong. SK Tok Randok telah menghantar 8 orang murid untuk bertanding dalam kejohanan itu. Adik Nurfatin telah membanggakan sekolah apabila berjaya menduduki tempat Ketiga dan akan mewakili daerah untuk bertanding di Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Terengganu 2015 yang akan diadakan pada 6-7 Feb 2015 di SMK Seri Bandi, Kemaman.

Kejohanan Ping Pong KDSR 1

SK Tok Randok telah menghantar 4 orang murid untuk menyertai Kejohanan Ping Pong Peringkat Zon yang telah diadakan pada 21.01.2015 (Rabu) bertempat di SK Pasir Tinggi. Tahniah diucapkan kepada pasukan Ping Pong SK Tok Randok kerana telah mendapat tempat Johan iaitu adik Maisarah Ali dan tempat Ketiga adik Norwafa.

Khamis, 22 Januari 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah (21.01.2015)

Keputusan Kejohanan Merentas Desa SK Tok Randok 2015 (Lelaki)
     Johan               : Mohd Hafifi Haikal (Biru)
     Naib Johan       : M. Aiman Hafiz (Biru)
     Tempat Ketiga  : M Azri (Kuning)

Keputusan Kejohanan Merentas Desa SK Tok Randok 2015 (Perempuan)
     Johan               : Nur Fatin Shahira (Kuning)
     Naib Johan       : Nurul Emilda Natasha (Kuning)
     Tempat Ketiga  : Nur Dhia Amanda (Biru)

Keputusan Keseluruhan Mengikut Rumah
     Tempat Pertama  : Biru
     Tempat Kedua    : Kuning
     Tempat Ketiga    : Merah
Senamrobik sebelum memulakan larian
Murid Tahap 1 menyertai sukaneka
Murid Tahap 2 menuju ke tempat permulaan merentas desa
Cg Nur Iman memastikan alat komunikasi berfungsi dengan baik
Peserta larian perempuan dilepaskan terlebih dahulu
Chekpoint pertama
Chekpoint ketiga
Peserta perempuan paling hadapan adik Nurfatin
3 peserta lelaki paling hadapan berentap untuk ke garisan penamat
Chekpoint terakhir
Peserta lelaki pertama tiba di garisan penamat adik M. Hafifi Haikal
Penyampaian pingat kepada pemenang
Pemenang Tempat Pertama hingga Keempat bagi setiap kategori
Penyampaian hadiah untuk pertandingan sukaneka murid Tahap 1

Rabu, 21 Januari 2015

Kaunter Pemilihan Ketua & Penolong Pengawas

Bagi memperhebatkan lagi penggunaan ICT di kalangan guru & murid SK Tok Randok, pihak sekolah memperkenalkan cara baru dalam pemilihan Ketua & Penolong Pengawas Tahun 2015 iaitu dengan undian secara Online. Kelmarin merupakan hari terakhir pengundian dan kaunter terbuka telah dibuka di dewan untuk memberi peluang kepada semua murid dan guru yang belum mengundi membuat undian. Cara mengundi adalah dengan login id frogasia masing masing dan search Laman Hem seterusnya klik Badan Pengawas dan terus mengundi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga SK Tok Randok terutamanya cikgu ICT iaitu Cg Aisyah yang memperkenalkan dan merekabentuk sistem ini.