" />

Khamis, 19 Januari 2012

GB SKTR Yang Tiada Galang Gantinya

Akhbar Sinar Harian hari ini memaparkan satu berita tentang Pertukaran Cg Alias.
Terima Kasih Cikgu Alias di atas tunjuk ajarmu selama di SKTR (2002 - 2011).

Rabu, 11 Januari 2012

Majlis Perpisahan Guru Besar

Majlis Perpisahan peringkat sekolah berlangsung sempena pertukaran En. Alias bin Said, Guru Besar SKTR ke SK Chendering. Majlis dipengerusikan oleh Che Azmai bin Talib. Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan oleh Muhammad Danial bin Nordin, Ketua Murid 2012 diikuti oleh ucapan wakil Guru KAFA, dan wakil Guru SKTR iaitu En. Lakowi bin Abd Rashid. Ucapan Guru Besar banyak menyentuh tentang anak didiknya agar menjadi seorang manusia yang berguna dan cemerlang pada satu hari nanti.
Guru Besar, En. Alias bin Said merupakan guru besar yang pertama di SKTR semenjak pembukaannya pada tahun 2002. Selama menjadi guru besar lebih daripada 10 tahun, banyak kenangan manis, suka dan duka dikongsi bersama dengan SKTR ini sehingga menjadikan SKTR salah sebuah sekolah yang terkenal dimata masyarakat. Selepas penyampaian hadiah dan cenderamata, semua warga SKTR beratur panjang untuk bersalam-salaman dengan beliau buat kali terakhir. Suasana kesedihan menyelubungi pemergian beliau yang akan bertugas di sekolah baru iaitu SK Chendering.
Kami warga SKTR mengucapkan 'Salam Perpisahan' dan 'Selamat Bertugas'.







Selasa, 10 Januari 2012

Perjumpaan Terakhir GB Bersama Warga SKTR

Satu perjumpaan terakhir di adakan pada hari ini bersama dengan warga SKTR sempena pertukaran Guru Besar, En. Alias bin Said ke SK Chendering. Guru Besar telah meninggalkan satu amanat dan pesanan yang berguna kepada semua warga SKTR agar dapat menjadikan SKTR sebagai sebuah sekolah yang terhebat dan disanjung tinggi. Kami warga SKTR ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepimpinan beliau menerajui SK Tok Randok sehingga menjadi salah sebuah sekolah yang berjaya dan dikenali ramai.