" />

Selasa, 29 Januari 2013

Sambutan Maulidur Rasul


Sambutan Maulidur Rasul ini disambut diperingkat sekolah pada setiap tahun. Tema Maulidur Rasul Tahun 1434H yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Pemilihan tema kali ini bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori Rasulullah SAW yang menjadikan masyarakat Madinah contoh terbaik.

Wasatiyyah merupakan tonggak atau pencetus perpaduan selain pemangkin, mengukuhkan ikatan dalam kehidupan dan menjadikan Islam teguh di mata dunia.

Di peringkat sekolah pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan sambil berselawat ke perumahan Tok Randok, kuiz, nasyid, marhaban, dan ceramah maulidur rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rasyid bin Long.

Selasa, 22 Januari 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan


Majlis Perasmian Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi sesi 2013 telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Rosol bin Haji Wahid ADUN Ajil. Bantuan sebanyak RM100 diberikan kepada semua murid di seluruh Malaysia. Oleh itu, SK Tok Randok telah menjadi tuan rumah bersama-sama dengan SMK Ajil di dalam satu majlis penyerahan bantuan tersebut kepada semua pelajar.

Ahad, 20 Januari 2013

Watikah Pengawas Bagi Sesi 2013







Watikah ini telah dirasmikan oleh Inspektor Wan Samsul Kahar bin Wan Hassan, Pegawai Khas Cawangan IPPD Hulu Terengganu. Seramai 80 pelajar SKTR telah dilantik sebagai pengawas pada tahun ini iaitu, pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan yang terbaru pengawas SPBT.