" />

Isnin, 19 November 2012

Keputusan UPSR - 6 Pelajar Dapat 5A


Tahniah diucapkan kepada 6 murid yang berjaya mendapat 5A daripada 51 calon dalam peperiksaan UPSR 2012. Pada tahun ini, keputusan UPSR di SK Tok Randok kurang memberangsangkan. Keputusan 4A 1B seramai 5 orang murid sahaja. Namun begitu, SKTR masih mengekalkan GPS di bawah 2.00 di mana gred GPS nya ialah 1.89. Antara 6 murid yang berjaya mendapat 5A ialah Syahirah Syamimi, Aisyah Adawiyah, Nurul Kautsar, Afiqah Nasharah, Nur Azlin dan Nurul Zeti Nabihah.

Khamis, 27 September 2012

Karnival 1 Murid 1 Sukan - Bola Baling



SKTR sekali menjadi tumpuan sebagai tuan rumah karnival bola baling peringkat daerah bawah lelaki dan perempuan sebelas tahun. Karnival ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 September 2012. Banyak sekolah-sekolah daripada daerah Hulu Terengganu ini menghantar wakil-wakil mereka menyertai karnival ini. Pasukan tuan rumah juga menghantar wakil L11 dan P11 namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana terkandas pada peringkat kumpulan. Namun, pasukan bola baling SKTR akan bangkit semula pada kejohanan L12 dan P12 pada tahun hadapan.

Pertandingan Koir Peringkat Daerah


Bertempat di SMK Bukit Diman, pasukan koir Pra Ar Rahman SKTR telah berjaya menjadi johan pertandingan koir peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada Guru Pra, Pn. Norzie Yanti yang berjaya memartabatkan pra di SKTR. Diharapkan kejayaan ini akan berterusan pada pertandingan yang akan datang. Tahniah sekali lagi daripada pihak sekolah terhadap orang perseorangan yang terlibat dengan kejayaan ini.

Ujian Penilaian Kompetensi Doktor Muda






Seramai 15 murid daripada ahli Kelab Doktor Muda SKTR telah menjalani satu ujian yang dinamakan Ujian Penilaian Kompetensi Doktor Muda. Ujian yang diadakan selama 1 jam ini adalah untuk menguji tahap pengetahuan ilmu yang telah mereka pelajari di dalam Kelab Doktor Muda ini. Ujian ini adalah pertama kali diadakan di SKTR untuk murid-murid yang menjadi ahli Kelab Doktor Muda.

Selasa, 18 September 2012

Penarafan SSQS Oleh Jemaah Nazir





Selama 2 hari pihak nazir yang diketahui oleh Encik Nayan telah datang ke SKTR untuk memberi penarafan SSQS mengikut standard yang sebenar. Pihak nazir telah menebual 3 orang guru dan 10 orang murid bagi mengetahui sejauh mana penguasaan ICT mereka. Seramai tiga orang guru lagi telah dicerap untuk melihat sejauh mana penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan rumusan yang telah dibuat, taraf penarafan SSQS di SKTR berada pada tahap sederhana sahaja. Namun begitu, pihak sekolah akan cuba untuk memperbaiki dari semasa ke semasa bagi membudayakan penggunaan ICT dikalangan guru dan juga murid agar mencapai standard yang ditetapkan dalam SSQS selaras dengan SKTR yang telah menjadi sekolah bestari luar bandar.

Khamis, 13 September 2012

Persediaan Murid Tahun 6 Hari Peperiksaan UPSR




Setiap tahun, pihak sekolah sentiasa menjaga kebajikan murid-murid tahun 6 dalam persediaan mereka menghadapi peperiksaan UPSR. Pada tahun ini, seramai 51 calon UPSR di SKTR. Pihak sekolah sentiasa menyediakan alat tulis dan makanan serta minuman pagi yang seimbang agar murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang. Tak lupa juga kepada GB En. Mohd bin Ismail yang turut sama memberikan galakan dan semangat motivasi yang tinggi kepada murid-murid agar tidak gopoh menjawab soalan UPSR. Kehadiran ibu bapa juga dapat memberikan lagi semangat baru kepada anak-anak mereka di dalam menjawab soalan UPSR. Semoga pada tahun 2012 ini, semua murid-murid SKTR dapat mencipta satu lagi kegemilangan yang telah dicapai pada tahun 2010 dahulu.

Ahad, 9 September 2012

Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6






Majlis restu ilmu ini diadakan pada setiap tahun khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 11 hingga 13 September ini. Majlis ini adalah untuk memberkati ilmu yang dipelajari oleh murid-murid tahun 6 daripada guru-guru di SKTR. Suasana pilu menyelubungi suasana setiap kali majlis ini diadakan.

Sabtu, 8 September 2012

Sambutan Merdeka Raya








Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan sambutan hari merdeka peringkat sekolah disambut dalam suasana yang meriah sekali. Kedua-dua sambutan itu diadakan dengan serentak disamping dapat menjamu selera. Guru Besar En. Mohd bin Ismail telah merasmikan sambutan Merdeka Raya itu dengan memotong kek daripada sumbangan warga sekolah. Seperti biasa, murid-murid SKTR juga diberikan duit raya.

Khamis, 6 September 2012

Sembahyang Hajat Perdana






Buat julung-julung kalinya, pihak sekolah telah berjaya mengadakan satu majlis sembahyang hajat perdana khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada minggu depan. Kesemua ibu bapa daripada tahun 1 hingga 6 telah dijemput bagi memberkati majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran ibu bapa, guru-guru, PIBG dan juga wakil daripada PPDHT. Semoga majlis yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Majlis Penutup Program Road To A's








Majlis penutup program yang telah dijalankan selama dua minggu bermula 26 Ogos hingga 6 September. Cikgu Che Azmai Talib telah mempengerusikan majlis semenstara Cikgu Muhammad Nur Iman Ramli telah dipertanggungjawabkan membaca doa bagi memberkati majlis yang pertama kali diadakan ini. Guru Besar, En. Mohd bin Ismail telah merasmikan upacara penutup majlis berkenaan bagi tahun 2012 ini. Semoga murid-murid dapat memperolehi satu ilmu yang bermanfaat untuk menduduki peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Khamis, 24 Mei 2012

AJK Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah

SKTR telah dipilih sebagai AJK sambutan sempena Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu.




Khamis, 17 Mei 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Bermula hari ini (17 Mei - 24 Mei 2012), semua murid sekolah rendah di negeri Terengganu menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Warga sekolah mengucapkan 'SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN'. Buat yang terbaik.




Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Tarikh 16 Mei adalah tarikh keramat bagi seseorang guru. Tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan hari guru peringkat SKTR disambut dengan meriah sekali. Pelbagai aktiviti diadakan seperti boling, sambut belon berair, bola buta dan acara pentas. Tambahan pula, ini kali pertama Guru Besar, Encik Mohd bin Ismail menyambut hari guru di SKTR. Pelbagai karenah dan persembahan guru-guru yang kreatif ini amat menghiburkan. Pada tahun ini, pihak sekolah juga telah menjemput Guru KAFA dan PIBG bagi menjayakan hari guru peringkat sekolah ini. Di samping itu, pertukaran hadiah antara guru-guru dan kakitangan berjalan seperti tahun-tahun yang lepas. Terima kasih cikgu dan SELAMAT HARI GURU diucapkan untuk semua warga SKTR.