" />

PENGENALAN

 Sejarah Sekolah
SEK KEB TOK RANDOK
 Sekolah Kebangsaan Tok Randok (SKTR) ditubuhkan pada 01 Jun 2002 yang didirikan kerajaan dengan keluasan tanah 4 hektar, di alamat 21800 Ajil, Hulu Terengganu. Terengganu Darul Iman. Terdiri dari seorang Guru Besar yang pertama bernama En. Alias bin Said, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan 5 orang Guru Penolong. Enrolmen pelajar seramai 129 orang (54 Lelaki dan 75 Perempuan) yang terdiri dari sebahagian dari murid sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil. Hulu Terengganu. Pada ketika itu semua pelajar berkenaan masih menumpang di Sekolah Kebangsaan Bukit Diman sementara sekolah ini beroperasi sepenuhnya. 

         Beroperasi sepenuhnya pada 01 November 2002, dengan pertambahan seramai 11 orang lagi Guru Penolong termasuk 3 orang Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum lantikan sekolah. dan pertambahan enrolmen pelajar seramai 84 orang (41 Lelaki dan 43 Perempuan) dari sekolah yang berhampiran yang lain iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu.


 LOGO SEKOLAH
Reka bentuk
Bentuk Bujur
Jata Negeri Terengganu
Motto Sekolah
Berillmu dan Bertakwa
Buku
Sumber illmu pengetahuan yang perlu dituntut oleh setiap insan
Logo Sukan
Simbol kekuatan Jasmani
Lilin
Simbol pengorbanan kepada agama, bangsa dan negara serta mempunyai
ketahanan Emosi yang kuat
Songkok (tapak)
Kekuatan Rohani dan semangat patriotik yang tingggi
Topi Graduan dan Ijazah
Bercita-cita tinggi untuk menjadi individu yang Intelek
Orbit dan Nukleus
Secara bersengaja, sedar dan berterusan ke arah pendidikan sains dan teknologi masa kini
Angka 2002
Tahun ditubuhkan

Warna
 Merah
Keteguhan semangat dan cita-cita yang membara menuju kecemerlangan
 Kuning 
Kesempurnaan akal dan kekuatan minda serta keluhuran budi
 Biru
Keillmuan, perpaduan, keamanan dan muhibah.
 Merah jambu
Kehidupan yang harmoni dan ceria.


VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI 
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
MOTO
'Berilmu dan Bertakwa'



LAGU
Berilmu dan Bertakwa
Tersergamnya SKTR di bumi
Melahir insan-insan berpendidikan
Menuju sekolah wawasan gemilang
Cita-cita menjadi nyata
Korus
Cemerlang berilmu dan beramal mulia

Sama-sama berilmu dan bertakwa... 2x

Tiada ulasan:

Catat Ulasan