" />

Ahad, 29 April 2012

Penyampaian Pingat dan Sijil

Pada perhimpunan hari ini telah disampaikan sijil dan pingat kepada murid-murid yang mewakili sekolah dan daerah dalam acara bola baling dan olahraga iaitu Nur Aysraf Danial, Mohd Aiman, Mohd Danial dan Nur Ain Nadwa. Tak lupa juga kepada Nur Batrisya dan Mohd Aminul Mukmin yang telah mewakili sekolah ke Kursus Orientasi Sahabat PPDa-Petronas anjuran KPM & Petronas yang berlangsung di PPD Setiu pada 23 April 2012.

Sabtu, 21 April 2012

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam telah dijalankan kepada murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Kem ini adalah untuk mengajar dan juga memperbetulkan amalan-amalan solat yang dilakukan oleh murid-murid SKTR. Ini kerana amalan solat ini adalah suatu perkara yang wajib dijalankan oleh murid-murid dan juga manusia.

Rabu, 18 April 2012

Pemain Bola Baling MSST B12

Seramai 4 pemain bola baling bawah 12 telah mewakili daerah ke Peringkat MSST yang telah diadakan di Setiu. Antaranya ialah Nor Asyraf Danial, Mohd Danial, Mohd Aiman dan Nur Ain Nadwa. Kedua-dua kategori lelaki dan perempuan B12 telah berjaya memperoleh tempat ketiga.


Selasa, 17 April 2012

Aktiviti Tunas Puteri

Unit badan beruniform Tunas Puteri telah mengadakan satu aktiviti pertandingan memasak antara kumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid-murid membuat penyediaan minum petang. Bilangan pelajar yang terlibat adalah seramai 38 orang. Aktiviti ini diadakan pada hari kokurikulum sekolah iaitu setiap hari Selasa bermula 2.00 petang hingga 4.00 petang. Kumpulan yang memenangi pertandingan ini Kumpulan Kesidang, Kenangan dan Cempaka. Tahniah diucapkan kepada unit badan beruniform Tunas Puteri kerana mengadakan satu aktiviti yang bermakna kepada semua ahlinya.




Ahad, 15 April 2012

Penghargaan Kepada Murid Yang Mendapat Skor A

Unit Panitia Bahasa Melayu telah memberikan hadiah kepada murid-murid yang telah mendapat skor A di dalam ujian OTI 1 baru-baru ini. Seramai 18 murid yang mendapat skor A telah diberikan hadiah semasa perhimpunan sekolah. Hadiah yang diberikan ini akan menjadi pemangkin ke atas murid-murid lain agar berusaha dengan lebih gigih di dalam mencapai kecemerlangan di dalam subjek Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran yang lain.





Jumaat, 6 April 2012

Mesyuarat PIBG Kali Ke-9

Mesyuarat PIBG kali ini dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid ADUN Ajil. Pada kali ini, semua ibu bapa yang hadir dapat bersua muka dengan GB SKTR yang baharu iaitu Cg Mohd bin Ismail. Turut hadir ialah wakil PPDHT iaitu Encik Afandi bin Abd. Ghani, Pengerusi PIBG, Naib Pengerusi dan AJK PIBG tahun 2011 - 2012.

Dalam ucaptama yang disampaikan oleh GB SKTR, beliau ingin menjadikan sekolah ini cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di mana SKTR telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan kebitaraan Matematik dan Bola Baling.

YB Dato' Hj Rosol pula mengharapkan agar ibu bapa dapat berkerja sama dengan pihak sekolah demi kejayaan anak-anak mereka. Ibu bapa perlulah berkorban dengan meluangkan sedikit masa untuk anak-anak bagi membimbing mereka ke arah kecemerlangan akademik. Bagi murid yang kurang cemerlang, mereka tidak perlu dipinggirkan kerana rezeki mereka ini ada di bumi bertuah ini.

Dalam pada itu, YB juga menyampaikan wang bantuan persekolahan RM100 kepada semua ibu bapa murid Tahun 1 pada tahun ini. Di harap wang bantuan ini menampung perbelanjaan anak-anak mereka pada tahun ini.

PIBG pada kali ini juga telah dibubarkan dengan perlantikan AJK yang baharu bagi sesi 2012 - 2013. Bekas Pengerusi PIBG juga memohon maaf sekiranya berlaku sebarang kesilapan di dalam mengendalikan PIBG sesi 2011 - 2012 ini.





Selasa, 3 April 2012

Jamuan SKTR di Primula Beach Resort


Jamuan ini adalah bersempena perpisahan Cg Alias bin Said bekas GB SKTR yang sudah bertukar ke SK Chendering, pertukaran Teacher Fauzah dan juga kedatangan GB SKTR yang baharu, Cg Mohd bin Ismail. Jamuan ini adalah kerjasama kelab guru SKTR.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Cg Alias, beliau berharap semua guru SKTR dapat berkerja sama dalam satu pasukan agar dapat menjadikan SKTR menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik. Ini sejajar dengan pencalonan SKTR sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)dan juga penganugerahan 'new deal' untuk kali yang kedua. Walau pun beliau telah meninggalkan SKTR, namun beliau masih lagi mengikuti segala berita-berita yang terdapat di SKTR. Beliau juga berharap agar guru-guru dapat berkerja sama dengan baik di bawah GB yang baharu iaitu Cg Mohd bin Ismail sama seperti beliau sebelum ini.

Tak lupa juga kepada guru-guru praktikum yang amat bertuah kerana mereka ditempatkan di SKTR. Diharapkan mereka dapat mencari peluang menimba seberapa banyak ilmu semasa berada di sini.

Kami warga SKTR sentiasa mendoakan agar Cg Alias bin Said dapat menjadikan SK Chendering sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik seperti beliau membangunkan SKTR ini sehingga dikenali ramai. Terima Kasih Cikgu!!!

Isnin, 2 April 2012

Pasukan Bola Jaring

Pasukan bola jaring SKTR hanya berjaya menduduki tempat ke-4 Zon KDSR 1 yang telah diadakan di SK Bukit Gemuroh. Pasukan ini telah dilatih oleh Cg Norzie Yanti dan juga Ustazah Nurhayuni. Syabas diucapkan kepada pasukan bola jaring SKTR kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya ke peringkat separuh akhir.


Ahad, 1 April 2012

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah & Perpustakaan

Watikah perlantikan pengawas telah disempurnakan oleh Koperal Mohd Rosli bin A.Ghani, Penolong Ketua Balai Polis Ajil. Diharapkan pengawas-pengawas yang dilantik pada tahun ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan dapat mengawal disiplin pelajar SKTR.
Tahniah!!!