" />

Rabu, 28 Mei 2014

Mesyuarat Anggota Khidmat Pelaksana dan Pekerja Swasta Kali ke-2 2014

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada anggota khidmat pelaksana dan pekerja swasta  menyuarakan pendapat, masalah dan lain lain hal berkaitan kerja masing masing. Semoga dengan berakhirnya mesyuarat ini, semua anggota khidmat pelaksana dan pekerja swasta akan bekerja dengan lebih rajin dan baik lagi setelah mendengar ucapan yang sangat bermakna dari guru besar.
Taklimat kelas tambahan pada cuti sekolah kepada pelajar tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.

Sambutan Hari Lahir Guru dan Murid Bulan Mei

Pada 26 Mei 2014 iaitu hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan tahun telah diadakan sambutan bagi meraikan guru dan murid yang lahir pada bulan Mei. Acara dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar, pemberian hadiah, nyanyian lagu selamat dan diakhiri dengan makan kek.
Menyingkap kejayaan SK Tok Randok
HULU TERENGGANU 15 Nov. - Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, Ajil dekat sini baru berusia lapan tahun dan sekolah gred B ini berkembang sebagai sebuah sekolah harapan bagi daerah ini.
Warga pendidik sekolah ini meletakkan visi untuk menjadikan SK Tok Randok sebagai sekolah contoh dari segi kecemerlangan akademik, sahsiah, keceriaan dan kokurikulum bagi daerah ini menjelang tahun ini.
Sebahagian besar telah dicapai dan diperlihatkan termasuk apabila ia dipilih sebagai sekolah bestari tunggal bagi daerah ini oleh Kementerian Pelajaran.
Ia berada di tangga kelima terbaik daripada 345 sekolah di negeri ini berasaskan peratusan pencapaian A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan kelmarin.
Terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu, sekolah itu menampung lebih 280 murid berlatarkan keluarga penduduk kampung yang berpendapatan sederhana dan miskin.
Dengan suasana pembelajaran yang kondusif, komitmen warga pendidiknya, sokongan padu para pemimpin setempat dan masyarakat maka soal lokasi dan taraf hidup ternyata bukan lagi alasan ia harus ketinggalan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_04.htm#ixzz32y5hOltF
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Mesyuarat Anggota Khidmat Pelaksana dan Pekerja Swasta akan diadakan sepertimana berikut :
       Tarikh     :    28 Mei 2014 (Rabu)
       Masa      :    10.00 pagi
       Tempat   :    Bilik Mesyuarat SK Tok Randok

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan hari guru peringkat sekolah pada tahun ini telah diadakan pada 18 Mei 2014 dengan tema "Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

Selasa, 27 Mei 2014

BSN SKTR School Carnival

Majlis perasmian penutup, disempurnakan oleh : YB Dato' Jailani Bin Johari (Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu)