" />

Selasa, 12 November 2013

11.11.2013 : Majlis Khatam Al Quran Sek Keb Tok Randok

Hari Anugerah Kecemerlangan Sek Keb Tok Randok 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Sek Keb Tok Randok telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun pada hari berkenaan cuaca agak tidak mengizinkan, tetapi majlis tetap berlangsung dengan meriah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai PPDHT iaitu Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin kerana sudi hadir ke sekolah kami untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis yang gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh Timbalan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Dato' Jailani Johari.

Isnin, 11 November 2013

SPELLING COMPETITION STATE LEVEL 2013

Bertempat di dewan SK Tok Randok telah  berlangsungnya SPELLING COMPETITION STATE LEVEL 2013 yang telah diadakan pada 7 nov 2013. Setiap daerah menghantar 4 buah sekolah di daerah masing masing bagi menyertai pertandingan di peringkat negeri  ini. Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh daerah Kuala Terengganu, Naib Johan pula disandang daerah Dungun manakala daerah Hulu Terengganu mendapat tempat ketiga. 

Khamis, 7 November 2013

Kunjungan Istimewa dari Malaysian Easyrider Comunity

4hb Nov 2013 menjadi hari istimewa buat pelajar  SK Tok Randok kerana telah dikunjungi oleh pasukan Malaysian Easyrider Comunity bersempena dengan Program Bestari Gemilang SK Tok Randok. Kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dan dikir barat  yang dipersembahkan oleh pelajar SK Tok Randok. Turut diadakan ialah persembahan muzik yang didendangkan di kantin sambil mereka menjamu selera. Acara senamrobik terlebih dahulu diadakan sementara menunggu ketibaan mereka.