" />

Ahad, 20 September 2015

Hari Terakhir Cikgu Safiyyah

Terima kasih diucapkan kepada Cg Safiyyah (Guru Ganti) atas segala khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang berada di SK Tok Randok.

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2015

Tarikh   :  15.09.2015 (Selasa)

Kelas Makmal Bahasa Antarabangsa Mula Berjalan

Kelas Makmal Bahasa Antarabangsa diadakan setiap hari Isnin, jam 8.30 malam hingga 10.30 malam dengan 3 kelas dibuka iaitu kelas Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin. 

Ahad, 13 September 2015

Tahniah Prasekolah SK Tok Randok

Prasekolah SK Tok Randok telah mendapat Tempat Naib Johan (Kategori Tandas) dan Tempat Ketiga Keseluruhan bagi Pertandingan Kebersihan Dan Keindahan Tadika Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2015 Anjuran Kerajaan Negeri Terengganu Dengan Kerjasama Yayasan Islam Terengganu. Majlis penyampaian hadiah pertandingan telah diadakan pada 12 Sept 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Besar Menara Yayasan Islam Terengganu dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Guru Besar menerima hadiah sempena pertandingan tersebut
Guru Besar menyampaikan hadiah yang telah diterima
kepada Guru dan Pembantu Prasekolah

Kejohanan Bola Baling Jemputan SKK Anjuran SK Bandar Raub

Tarikh    :  12 Sept 2015
Tempat  :  Gelanggang Futsal MD Raub

SK Tok Randok telah menyertai Kejohanan Bola Baling Jemputan SKK yang dianjurkan oleh SK Bandar Raub. Seramai 25 orang murid dan 7 orang guru SK Tok Randok bertolak ke bandar Raub dengan menaiki bas pada jam 10.00 pagi hari Jumaat. Perjalanan mengambil masa 6 jam untuk sampai ke bandar Raub. Pasukan lelaki mendapat tempat Johan manakala Pasukan wanita mendapat tempat Saguhati. Dengan menyertai kejohanan luar seperti ini, telah memberi pengalaman yang sangat berharga kepada murid SK Tok Randok

Khamis, 10 September 2015

Amanat UPSR oleh Tuan Pengarah JPNT

Amanat Tuan Hj. Shafruddin bin Hj. Ali Hussin Pengarah JPNT untuk calon UPSR Terengganu 2015 boleh dilihat melalui portal berikut :

http://www.btpntrg.edu.my

https://www.youtube.com/watch?v=qXUuQO53S2U

Selasa, 8 September 2015

Majlis Ramah Mesra Makmal Bahasa Antarabangsa

07.09.2015, SK Tok Randok
Memperkenalkan guru yang akan mengajar makmal bahasa
kepada YB
Pegawai PPDHT iaitu En. Jalaluddin Bin Ismail turut hadir
Dari kanan: Guru Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
Antara peserta yang akan menyertai Program Makmal Bahasa
Ucapan dari YB En. Ghazali Bin Taib
Ucapan perkenalan dari guru yang akan mengajar
Ucapan dari wakil Unisza

Lawatan Ke Kelas Makmal Bahasa
Wartawan sinar harian turut hadir membuat liputan

"Dua Sekolah Dipilih Perintis Projek Makmal Bahasa Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 30 Julai (Bernama) - Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, Ajil dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus dipilih sebagai perintis projek Makmal Bahasa Antarabangsa yang akan dilaksanakan kerajaan Terengganu September ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata makmal bahasa tersebut diwujudkan bagi meningkatkan penggunaan dan penguasaan bahasa asing dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Untuk permulaan, Bahasa Jepun, Mandarin dan Arab akan diajar di makmal tersebut yang mana kita bekerjasama dengan pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk melaksanakan program ini dan kalau ada permintaan, kita juga akan memperkenalkan Bahasa Korea.

"Makmal bahasa ini akan dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat yang mana ia akan dilaksanakan pada waktu malam dibantu oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada guru tempatan dan tenaga pengajar UniSZA serta ia akan diuruskan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Hari Bersama Pelanggan dan Sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di sini Khamis.

"Kita mahu dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, rakyat di Terengganu mahir menggunakan bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan ia juga akan memudahkan masyarakat berurusan dengan pelancong dari luar negara memandangkan Terengganu memang sudah menjadi tumpuan pelancong asing dari pelbagai negara," katanya. 

Petikan dari laman web http://www.bernama.com/ "