" />

Ahad, 31 Julai 2011

Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa, keputusan individu bagi peperiksaan UPSR 2011 sudah dikeluarkan pada hari ini. Kepada semua guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid, bolehlah melihat keputusan mereka di bawah ini.

Keputusan Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

Hadiah Peningkatan Akademik Pelajar UPSR









Pada perhimpunan pagi, pihak sekolah telah memberikan sedikit cenderahati kepada calon-calon UPSR yang berjaya mendapat 5A dan juga 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR baru-baru ini. Pelajar-pelajar yang mendapat 5A seramai 6 orang iaitu Mohd Sabri, Wan Abd Muiz, Aisyah Mardhiah, Anis Farhana, Nurul Fathiah & Siti Najihah. Manakala pelajar yang mendapat 4A1B ialah seramai 4 orang iaitu Mohd Faris Hilmi, Mohd Khairul Safwan, Halimatun Saadiah & Nor Asma Syazwina. Cenderahati ini disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar iaitu Alias bin Said. Diharapkan agar dapat menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar lain agar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan di SK Tok Randok.

Khamis, 28 Julai 2011

Program Tunas Ilmu Hari Ketiga









Pada hari ketiga, aktiviti yang diadakan adalah sesi motivasi diri yang disampaikan oleh Ustaz Mahadi bin Awang daripada pegawai YADIM. Kesemua ceramah yang disampaikan oleh beliau amat menyentuh jiwa dan perasaan kesemua murid termasuk guru-guru yang mendengarnya. Kesan yang ditinggalkan amat mendalam sekali yang berjaya melembutkan hati sanubari sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Perasmian penutup pula disempurnakan sendiri oleh Guru Besar SK Tok Randok iaitu Alias bin Said. Ini kerana pegawai APMT yang sepatutnya merasmikan perasmian tersebut tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Guru Besar mengharapkan agar kesemua murid ini dapat manfaat yang sepenuhnya dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2011 nanti.

Rabu, 27 Julai 2011

Program Tunas Ilmu Hari Kedua









Pada hari kedua, semua murid tahun 6 telah mengikuti sesi kecemerlangan bagi subjek Matematik, BM Pemahaman dan Sains. Bagi subjek Matematik ini telah disampaikan oleh Cikgu Che Azmai bin Talib dan BM Pemahaman oleh Cikgu Nur Lianna. Manakala bagi subjek Sains disampaikan oleh Cikgu Mohd Sabri bin Mat Hussin.
Pada sebelah petang pula, kesemua murid menyertai aktiviti riadah di pantai bagi merehatkan minda yang diketuai oleh Sir Rosmady Mohamed.

Selasa, 26 Julai 2011

Program Tunas Ilmu Hari Pertama











Hari ini bermulanya Program Tunas Ilmu bagi murid-murid tahun 6 SK Tok Randok. Perjalanan daripada sekolah ke Angullia Beach Resort di Marang, Terengganu. Aktiviti yang diadakan ialah Ice-Breaking yang dikendalikan oleh Sir Rosmady. Pada sebelah malam pula ialah Slot Bahasa Melayu Penulisan yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Yunos daripada SK Bukit Losong.

Ahad, 24 Julai 2011

Ujian Percubaan UPSR 2011

Pada minggu ini iaitu 24 Julai hingga 26 Julai 2011, semua murid tahun 6 di negeri Terengganu akan menempuh peperiksaan percubaan UPSR bagi tahun 2011. Di SK Tok Randok, semua murid telah pun bersedia untuk menempuhi peperiksaan ini. Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Menjawab" kepada semua murid tahun 6 SK Tok Randok

Sabtu, 23 Julai 2011

SK Tok Randok Terima Sumbangan Laptop Dari Pihak Digi

Demi menggalakkan penggunaan ict, SK Tok Randok yang diwakili oleh guru besar Alias bin Said telah menerima sumbangan 2 biji laptop daripada pihak Digi untuk kegunaan ICT di sekolah. Penerimaan laptop ini sebenarnya adalah untuk penduduk Kg Bukit Diman. Namun begitu, pihak Digi telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan tersebut kepada sekolah-sekolah yang berhampiran. Ini kerana pihak Digi telah memasang satelit Digi supaya semua penduduk kawasan Kg Bukit Diman dapat menerima liputan internet dengan sebaik-baiknya.

Isnin, 18 Julai 2011

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6









Satu majlis temu murni guru-guru tahun 6 & guru besar bersama-sama dengan ibu bapa pelajar Tahun 6 berjaya dilaksanakan. Pelajar-pelajar ini akan menghadapi peperiksaan UPSR 2011 pada bulan September nanti. Majlis ini adalah bagi menyelesaikan dan juga merungkai masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Guru Besar SKTR, Encik Alias bin Said telah mengambil ruang bagi menerangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Beliau juga menerangkan tentang kecemerlangan kurikulum iaitu peperiksaan UPSR yang telah berlaku di sekolah ini. Harapan beliau adalah agar, SK Tok Randok akan berjaya sekali lagi dalam kecemerlangan murid dalam UPSR pada tahun ini.
Dalam pada itu juga, perbincangan dari hati ke hati antara guru-guru tahun 6 dan juga ibu bapa pelajar tersebut berlangsung dengan jayanya. Segala kelemahan dan kekurangan pelajar berkenaan telah disampaikan oleh guru kepada ibu bapa murid agar mereka dapat mengambil satu inisiatif ke atas anak-anak mereka sendiri demi kecemerlangan UPSR SK Tok Randok.

Sabtu, 2 Julai 2011

Larian 1Murid, 1Sukan 1Malaysia







Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia berjaya di realisasikan serentak di seluruh negara pada pukul 7.45 pg hari ini. Tidak ketinggalan di SK Tok Randok, acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan guru dan juga murid. Pelbagai aktiviti yang diadakan selepas acara larian tesebut. Antaranya ialah senamrobik, futsal, dan bola jaring. Semua murid melibatkan diri dalam acara-acara yang telah diadakan ini sempena dengan slogan '1 Murid 1 Sukan'.