" />

Rabu, 29 Februari 2012

Penerimaan Pingat Olahraga MSSMDHT

Dua pelajar SKTR telah menaiki podium untuk penerimaan pingat dalam acara olahraga yang berlangsung di SMK Jenagor. Nur Ain Nadwa telah berjaya memenangi 2 pingat emas dalam acara 80m lari berpagar kategori P12 dan lompat tinggi P12. Manakala Nur Asyraf Danial telah berjaya memenangi 1 pingat emas dalam acara lompat jauh P12 dan 1 gangsa dalam acara 80m lari berpagar L12. Syabas diucapkan kepada murid SKTR!!


Pembukaan Akaun BSN Murid Tahun 1

Pegawai BSN telah datang ke sekolah untuk pembukaan akaun BSN bagi simpanan masa hadapan murid-murid tahun 1. Mereka amat riang dan gembira dengan adanya simpanan ini.



Isnin, 27 Februari 2012

Perbarisan Olahraga MSSMDHT Di SMK Jenagor

Acara perbarisan pada awalnya berjalan lancar tetapi ramai kontinjen yang mengambil bahagian terpaksa berbaris di dalam hujan yang turun dengan lebatnya.




Anggota Perasmian Perbarisan MSSMDHT 2012

Setiap tahun SKTR akan menghantar anggota perbarisan di kejohanan olahraga MSSMDHT di SMK Jenagor. Maskot anggota perbarisan pada tahun ini ialah 'Cheetah'. SKTR Boleh!!

Khamis, 23 Februari 2012

Majlis Penutup Minggu PPDa Peringkat Sekolah

Di SKTR telah diadakan satu ceramah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. Penceramah jemputan iaitu Encik Fauzi dari Agendi Dadah Daerah Hulu Terengganu yang telah menyampaikan ceramah beliau tentang penyalahgunaan dadah. Majlis penutup pula telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin Abu Bakar (Penolong Pegawai PPDHT). Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang menang dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semoga tahun 2012 ini akan menjadi sekolah bebas dadah.






Selasa, 21 Februari 2012

Motivasi Pagi Pelajar UPSR Kali Pertama

Semua pelajar tahun 6 telah bersemuka dengan Guru Besar pada kali pertama di dalam memberikan satu motivasi khas untuk murid-murid UPSR. Motivasi pagi ini merupakan satu perangsang kepada murid-murid agar sentiasa berminat dan rajin untuk belajar.




Ahad, 19 Februari 2012

Taklimat SKK Kepada Guru Bil.2/2012

Taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan bagi mencari dan berkongsi maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan oleh guru-guru untuk diisikan ke dalam borang yang telah diberikan. Maklumat-maklumat ini akan dipersembahkan dalam bentuk 'PowerPoint' kepada pihak jabatan sebelum dipanjangkan ke pihak kementerian. Guru Besar berharap agar SKTR ini berjaya menempatkan diri di dalam pencalonan SKK ini.



Majlis Pelancaran Minggu PPDa Peringkat Sekolah

Pada tanggal 19 Feb 2012, semua sekolah diminta mengadakan satu majlis pelancaran minggu PPDa di peringkat sekolah semasa perhimpunan. Di SK Tok Randok, majlis ini telah dilancarkan oleh Guru Besar, Encik Mohd bin Ismail. Semua guru dan murid melafazkan satu ikrar bagi menghapuskan penyalahgunaan dadah. Sepanjang pelancaran ini, pelbagai aktiviti program akan diadakan sepanjang minggu ini bagi membasmi kegiatan penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar. Antaranya ialah melukis poster, pameran, ceramah dan sebagainya.





Rabu, 15 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan maulidur Rasul pada tahun ini disambut dengan sederhana. Semua murid berarak ke kawasan Perumahan Kg Tok Randok dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Ustaz Abdul Aziz dari Pondok Darul Iman, Pelandang. Antara aktiviti yang diadakan ialah mewarna & melukis poster, nasyid dan laungan azan.






Ahad, 12 Februari 2012

Taklimat SKK Kepada Guru Bil.1/2012

Seperti sedia maklum, SKTR telah dicalonkan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Kebitaraan Akademik Matematik dan Kokurikulum Bola Baling bagi tahun 2012. Satu taklimat ringkas telah diberikan kepada semua guru bagi menyediakan laporan-laporan yang berkenaan. Di harapkan semua guru dapat berkerjasama di dalam menjayakan SKK ini. Tahniah diucapkan kerana SKTR sekali melonjak ke hadapan di dalam pencalonan SKK bagi tahun ini.




Selasa, 7 Februari 2012

LADAP Bil.1/2012 - Kursus Pemarkahan BM

Hari ini semua guru-guru SKTR didedahkan dengan skema pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR. Penceramah jemputan merupakan saudara cikgu Mohd Yunus daripada SK Bukit Losong yang juga merupakan pemeriksa kertas UPSR Bahasa Melayu. Banyak input yang berguna telah berjaya didedahkan kepada semua guru dan juga rahsia-rahsia untuk lulus dan mendapat markah yang tinggi dalam kertas penulisan Bahasa Melayu.





Rabu, 1 Februari 2012

Selamat Datang GB Baru Ke SKTR

Majlis sambutan secara sederhana diadakan di SKTR bagi meraikan kedatangan Guru Besar yang Baharu di SKTR iaitu En Mohd bin Ismail. Beliau yg sebelum ini bertugas di SK Cheting diiringi oleh guru-guru SK Cheting datang ke SK Tok Randok bagi memulakan tugas rasminya sebagai Guru Besar SKTR. Kami warga SKTR mengucapkan "Selamat Datang Ke SKTR" kepada Cikgu Mohd bin Ismail.