" />

Ahad, 25 Ogos 2013

Sambutan Kedatangan GB Baharu SKTR



Bersempana perpisahan dengan GB Cikgu Mohd bin Ismail ke SK Pangkalan Berangan, maka secara tak langsung warga SKTR menerima guru besar yang baharu iaitu Cikgu Marzilaini bin Muhamad (Cikgu Awang). Satu majlis sambutan secara kecil-kecilan diadakan bagi menyambut kedatangan beliau ke SKTR bagi menyambung kembali kesinambungan SKTR ke arah kecemerlangan pendidikan.
Kami warga SKTR mengalu-alukan kedatangan beliau ke SK Tok Randok.

Perpisahan GB Mohd bin Ismail




Satu majlis perpisahan GB SKTR iaitu Cikgu Mohd bin Ismail yang telah bertukar ke SK Pangkalan Berangan, Marang. Tarikh 25 Ogos 2013 merupakan adalah terakhir beliau berada di SKTR. Semua guru dan murid berasa terharu di atas pertukaran beliau yang merupakan seorang guru besar yang berdedikasi dan bertanggung jawab di dalam menjalankan tugas. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana berjaya menerajui SKTR ke mercu kecemerlangan dalam pendidikan walau pun hanya setahun setengah memacu SKTR. Selamat bertugas ke tempat yang baharu?

Khamis, 22 Ogos 2013

Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah




Majlis sambutan aidilfitri yang diadakan pada setiap tahun di SKTR. Antara aktiviti yang diadakan sempena aidilfitri tersebut ialah melukis & mewarna, nyanyian lagu raya, dan aktiviti menjamu selera dengan juadah kuih-kuih raya yang dibawa oleh guru-guru dan juga para pelajar.
Sambutan secara sederhana ini diakhiri dengan pemberian duit raya kepada semua pelajar.

Khamis, 1 Ogos 2013

Majlis Khatam Al-Quran


 

Dengan kerjasama daripada guru-guru panitia Pendidikan Islam, setiap tahun SKTR akan mengadakan satu majlis khatam al-Quran di bulan ramadhan yang mulia ini. Dalam majlis tersebut, pembahagian duit derma daripada warga SKTR kepada pelajar yang berstatus yatim dan juga pelajar yang susah. Ini adalah untuk mengurangkan beban mereka di dalam menyambut lembaran aildilfitri dengan memakai pakaian yang serba baharu. Diucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang memberi derma pada bulan yang mulia ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.