" />

Khamis, 29 Mac 2012

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Tahun 6

Ini merupakan majlis temu murni yang pertama bagi tahun ini antara ibu bapa dengan guru-guru di SK Tok Randok. Ianya juga merupakan proses pertemuan atau perkenalan pertama ibu bapa dengan Cikgu Mohd bin Ismail selaku guru besar SKTR yang baru. Fokus kali ini adalah berkenaan program UPSR yang telah dirancang dengan rapi dan sistematik oleh guru-guru SKTR khas untuk murid tahun 6. Ibu bapa telah didedahkan dengan pelbagai program yang menarik bagi mempertingkatkan lagi kurikulum peperiksaan awam UPSR agar SKTR akan menjadi sekolah yang terbaik lagi. Oleh itu, kerjasama daripada ibu bapa amat penting supaya program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.





Selasa, 27 Mac 2012

Majlis Penyerahan E-Book Murid Tahun 4

Majlis penyerahan ebook telah dirasmikan oleh YAB Dato' Hj Rosol bin Hj Wahid DUN Ajil bertempat di Dewan SMK Bukit Diman. Seramai 37 orang murid SKTR menerima ebook masing-masing bersama-sama dengan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut. Di harapkan agar murid-murid SKTR dapat memanfaatkan sepenuhnya ebook yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembelajaran.



Isnin, 26 Mac 2012

Kejohanan Bola Baling MSSMDHT

Kejohanan yang berlangsung di Padang SKTR membabitkan 8 pasukan L12 dan P12 dari 4 zon KDSR. Pasukan L12 SKTR berjaya melangkah ke peringkat akhir bertemu dengan SK Peroh. Persaingan yang sengit kedua-dua pasukan yang terikat 4-4 sehingga ke penentuan penalti 'sudden death'. Akhirnya dimenangi oleh pasukan SK Peroh. Sementara pasukan SKTR hanya naib johan. Manakala johan P12 disandang oleh SK Tapah manakala naib johan dimenangi oleh SK Peroh.




Rabu, 21 Mac 2012

Bola Baling Zon KDSR 1

Bertempat di padang SKTR, pasukan bola baling kategori lelaki dan perempuan SKTR telah berjaya menjadi naib johan dan layak ke peringkat daerah. Johan kategori lelaki ialah SK Ajil manakala kategori perempuan ialah SK Bukit Perah. Pasukan yang menjadi johan dan naib johan Zon KSDR 1 ini akan mewakili zon ke peringkat daerah yang akan diadakan pada 25 Mac 2012 (Ahad) bertempat di Padang SKTR.
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding.





Isnin, 19 Mac 2012

Penarafan Pengurusan SPBT - 3 Bintang

Tanggal 19.3.2012 SK Tok Randok bertuah kerana telah dilawati oleh Puan Roslawati binti Abdul Wahab Ketua Penolong Pengarah SPBT Bahagian Buku Teks KPM bersama En. Safri bin Hj. Bahari Ketua Unit Bahagian Buku Teks. Turut serta dalam lawatan ini ialah En. Wan Zainal Abidin bin Wan Ngah Penyelia Kanan SPBT, JPNT dan En. Fauzi bin Abd. Rahman, Penyelia HEM Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu. Tujuan lawatan adalah untuk menyelia dan memberi bimbingan dalam pengurusan buku teks di sekolah.

Pegawai kementerian telah merumuskan bahawa keseluruhan pengurusan SPBT SK Tok Randok adalah baik. Walau bagaimanapun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti penggunaan eMateks dan sisTeks yang belum dilaksanakan lagi. Hasil pemantauan tersebut, KPM telah memberi taraf tiga bintang kepada pengurusan SPBT SK Tok Randok. Semoga pengurusan SPBT sekolah ini terus cemerlang seterusnya memperolehi taraf empat bintang.




Ahad, 18 Mac 2012

Penganugerahan Sijil & Pingat

Di dalam perhimpunan pada pagi ini telah diadakan penganugerahan sijil dan pingat kepada pelajar-pelajar SKTR yang berjaya dalam olahraga MSSMDHT dan juga pidato peringkat zon KDSR 1. Nor Asyraf Danial telah dianugerahkan olahragawan terbaik MSSMDHT pada tahun 2012 dengan memenangi 1 emas dan 1 perak. Manakala Nur Ain Nadwa dengan cemerlang mendapat 2 pingat emas. Tidak lupa juga kepada Afiqah Nasharah yang telah mendapat naib johan dalam pertandingan pidato. Manakala Syaza Liyana mendapat tempat ketiga bercerita tahap 1.





Selamat Datang Guru Praktikum

SKTR mengalu-alukan kedatangan guru praktikum ke SKTR dari IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Ini merupakan praktikum pertama mereka ke sekolah.

Isnin, 5 Mac 2012

Pertandingan Pidato & Bercerita Zon KDSR 1

Pertandingan ini telah diadakan di SK Tanggol. Afiqah Nasharah dapat tempat ke 2 Pertandingan Pidato & Syaza Liyana dapat tempat ke 3 Pertandingan Bercerita (BM) Tahap 1 Peringkat KDSR 1 di SK Tanggol. Syabas diucapkan kepada pelajar SKTR. Diharapkan SKTR dapat menciptakan kejayaan lagi pada masa akan datang.